DomainTips

Senarai Semak Transfer Domain

Senarai Semak Transfer Domain

Pada kali ini saya ingin kongsikan senarai semak yang perlu diberikan diberi perhatian sebelum melakukan proses transfer domain. Saya pernah kongsikan diantara sebab-sebab mengapa anda perlu transfer domain sebelum ini pada tutorial transfer domain kepada Hosting Malaya sebelum ini : https://hostingmalaya.com/tutorial-transfer-domain-kepada-hosting-malaya.

Berbalik kepada senarai semak transfer domain, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda lakukan proses transfer domain.

  • Pastikan domain tidak ‘lock’ dan ada Transfer Authorization Code/ EPP Code.

Untuk membuat domain transfer, pastikan domain tidak di ‘lock’ pada domain provider untuk memastikan proses transfer domain boleh dilakukan. Kebiasaannya transfer domain memerlukan Transfer Authorization code atau dikenali juga sebagap EPP Code yang anda boleh dapatkan di bahagian manage domain. Sekiranya tiada, anda boleh consult dengan domain provider anda.

  • Kenal pasti rekod name server sebelum proses transfer domain.

Kebiasaannya rekod name server ini akan automatik dimigrasikan apabila transfer domain kepada domain provider baru. Akan tetapi pastikan anda kenal pasti dan buat salinan atau screenshot rekod name server sebelum transfer domain untuk mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.

  • Kenal pasti rekod DNS Management sebelum proses transfer domain.

Rekod DNS Management ini kebiasaannya dikawal oleh rekod name server yang kita masukkan. Sekiranya kita gunakan Cloudflare, jadi rekod DNS Management akan masih dipegang oleh Cloudflare. Akan tetapi sekiranya anda menggunakan DNS yang disediakan oleh domain provider (default), ini yang akan jadi masalah disebabkan selepas ini anda tidak akan dapat mengemaskini DNS Management selepas transfer domain.

Sekiranya begitu, sila buat salinan atau screenshot DNS Management sebelum transfer domain dan setelah proses transfer domain berjaya, anda set semula name server kepada default name server yang baru setting semula DNS Management kepada rekod yang sepatutnya.

  • Pastikan harga domain sesuai dan domain provider baru yang ingin digunakan reliable.

Reliable disini bermaksud dari segi pelbagai aspek sebagai contohnya support sistem yang pantas dan tiada masalah dalam menggunakan domain provider tersebut seperti downtime atau sebagainya. Harga yang lebih murah atau berpatutan adalah satu bonus.

  • Tidak semua domain provider menyediakan WHOIS Privacy secara percuma.

Perlu diingatkan, ada domain provider yang tidak menawarkan WHOIS Privacy secara percuma. Sila ambil tahu terlebih dahulu servis yang ditawarkan oleh domain provider yang baru.

Diharap beberapa senarai semak transfer domain diatas dapat membantu anda dalam memastikan proses transfer domain berjalan dengan lancar dan tiada masalah. Semoga bermanfaat.

Tutorial Semakan Domain Propagation Secara Global : https://hostingmalaya.com/tutorial-semakan-dns-propagation-secara-global.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting yang dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment