DomainTutorial

Tutorial Transfer Domain Kepada Hosting Malaya

Tutorial Transfer Domain Kepada Hosting Malaya

Tutorial Transfer Domain ini disediakan oleh Hosting Malaya khas untuk mereka yang ingin memindahkan domain daripada provider sedia ada, kepada domain provider yang baru diatas sebab-sebab yang tertentu. Diantara sebab-sebab permindahan domain atau yang kebiasaannya disebut ‘transfer domain’ ialah :

  1. Kos pembaharuan domain yang lebih murah berbanding domain provider lama.
  2. Kelebihan atau fungsi yang lebih menarik berbanding domain provider sedia ada seperti servis percuma ID Protection.
  3. Tujuan kemudahan untuk proses pembayaran dan pembaharuan yang akan datang.
  4. Domain provider sedia ada ingin menghentikan servis penjualan dan pembaharuan domain.
  5. Domain provider yang terkini lebih mesra pengguna dan lebih pantas.

Untuk melakukan Transfer Domain, kebiasaannya domain tersebut seharusnya aktif lebih daripada 60 hari menggunakan domain provider sedia ada, barulah pemilik domain boleh memindahkan domain tersebut kepada domain provider yang terbaru atau lebih baik. Registrar lock untuk domain yang ingin dipindahkan perlu dinyahaktifkan atau ‘disable’ terlebih dahulu untuk memastikan proses permindahan domain berjalan dengan lancar.

Selain itu, EPP Code atau Auth Code juga boleh didapati daripada domain provider sedia ada dimana kod ini perlu diisi semasa proses pendaftaran untuk permindahan domain didalam sistem domain provider yang baru. Anda boleh lihat video dibawah berkenaan bagaimana proses permindahan domain atau transfer domain dilakukan kepada domain provider Hosting Malaya.

Kebiasaannya, proses permindahan akan mengambil masa lebih kurang 5 hari hingga 14 hari bergantung pada provider domain sedia ada sama ada untuk menolak permintaan permindahan tersebut atau permindahan tersebut akan berlaku secara automatik sekiranya tiada penolakan dibuat oleh domain provider sedia ada.

Oleh yang demikian, disarankan sekiranya anda berhasrat untuk memindahkan domain anda kepada domain provider yang lain, mulakan proses permindahan domain seawal satu bulan terakhir sebelum domain expire untuk mengelakkan pembaziran masa tamat tempoh domain yang masih tinggal dan ruang waktu untuk proses permindahan domain tersebut berjalan.

Diharap tutorial kali ini dapat membantu anda memahami bagaimana proses transfer domain serta cara dan waktu terbaik untuk transfer domain anda kepada domain provider yang baru. Sekiranya anda masih kurang jelas apa itu domain dan hosting, anda boleh membaca berkenaan kedua-duanya disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.

Ingin Register / Transfer Domain anda di Hosting Malaya ! Tempah disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Berminat untuk mendapatkan laman web professional untuk pengurusan dan perniagaan anda ? Hubungi kami di Facebook : Hosting Malaya atau melalui talian +60177860670.

Leave a Comment