DomainLaman WebTips

Perubahan Kepada Servis WHOIS MYNIC

Perubahan Kepada Servis WHOIS MYNIC

Menurut MYNIC, terdapat perubahan kepada servis WHOIS MYNIC yang akan efektif bermula pada 8 November 2022. Jika sebelum ini maklumat privasi seperti nama, email dan alamat akan dipaparkan pada data WHOIS MYNIC, selepas ini maklumat tersebut tidak akan dipaparkan lagi.

Maklumat privasi tersebut melibatkan 4 jenis contact iaitu :-

  1. Registrant.
  2. Administrative Contact.
  3. Technical Contact.
  4. Billing Contact.

Perubahan ini seiring dengan usaha untuk perlindungan data privasi Malaysia Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) dan ianya berfungsi hampir sama dengan WHOIS Protection, ID Protection dan juga terma lain yang membawa maksud yang sama.

whois mynic 2022

MYNIC juga akan menyediakan servis Domain Contact Request yang akan bermula pada 8 November 2022 sekiranya anda memerlukan maklumat pendaftar domain untuk alasan yang munasabah, seperti :

  • Domain tersebut mempunyai malware, digunakan untuk spam atau abuse.
  • Domain tersebut mempunyai kandungan yang melanggar tanda dagangan, melanggar undang-undang atau peraturan tempatan.
  • Berminat untuk membeli domain tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak MYNIC tidak memberi jaminan sama ada pendaftar domain akan bersetuju dengan Contact Request tersebut.

Maklumat penuh mengenai pengumuman ini anda boleh baca sepenuhnya disini : https://ichoose.my/announcements/whoisprivacy.

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut mengenai perubahan servis WHOIS MYNIC ini, anda boleh hubungi pihak MYNIC melalui email customercare@mynic.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-7277.

Ketahui cara untuk membuat semakan DNS secara global disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-semakan-dns-propagation-secara-global.

Dapatkan Web Hosting yang dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.