HostingLaman WebTips

Tutorial Semakan DNS Propagation Secara Global

Tutorial Semakan DNS Propagation Secara Global

Pada kali ini kami akan kongsikan tutorial bagaimana cara untuk membuat semakan DNS Propagation secara global dengan mudah dan pantas. Kebiasaannya proses DNS propagation ini akan mengambil masa sekitar 5-15 minit untuk DNS setting dihantar keluar oleh domain provider manakala sehingga 48 jam untuk dikemaskini secara global bergantung pada ISP.

Saya akan senaraikan beberapa tools yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan DNS Propagation dibawah.

intodns

Anda boleh masukkan nama domain yang anda ingin semak dan kemudian klik pada butang Report. Pelbagai rekod DNS dipaparkan seperti nameserver, SOA Record, dan sebagainya tetapi semakan ini tidak secara global.

whatmydns

Anda boleh masukkan nama domain, pilih rekod yang ingin disemak dan klik pada butang Search. Rekod akan dipaparkan berdasarkan pilihan jenis rekod yang ingin disemak secara global.

DNSMap

Ini juga lebih kurang sama, anda boleh masukkan nama domain, pilih rekod yang ingin disemak dan klik pada butang Check DNS propagation. Rekod akan dipaparkan berdasarkan pilihan rekod yang ingin disemak dari DNS server yang terpilih.

dns checker

DNS Checker ini antara tools semakan DNS propagation yang sangat menarik kerana mempunyai DNS Server yang sangat banyak yang boleh disemak dalam 1 masa dengan hanya 1 klik sahaja.

dns propagation

DNS Propagation ini saya sedikit kurang gemar kerana semakan terkini akan dipaparkan pada laman web mereka. Tetapi tidak dinafikan mereka juga menawarkan semakan DNS Server yang agak banyak dengan hanya 1 klik sahaja.

Diharap beberapa tools yang saya senaraikan diatas dapat membantu anda dalam membuat semakan DNS Propagation secara global dengan mudah dan pantas. Terdapat pelbagai situasi yang memerlukan kita membuat semakan DNS secara global, kami akan kongsikan pada masa akan datang.Bagaimana dengan anda ? Tools mana yang pernah anda gunakan dan anda rasanya yang terbaik ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting yang dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Senarai Payment Gateway Di Malaysia : https://hostingmalaya.com/senarai-payment-gateway-ecommerce-malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.