Laman WebTips

Kepentingan Google Search Console

Kepentingan Google Search Console

Sebelum ini saya ada janjikan untuk membuat post berkenaan kepentingan Google Search Console kepada sesebuah laman web pada post saya sebelum ini ‘Tutorial Menggunakan Google Search Console‘. Pada kali ini saya akan terangkan dengan lebih terperinci berkenaan kegunaan Google Search Console dan data yang boleh anda dapati daripada Google Search Console.

Google Search Console adalah sistem yang disediakan oleh Google untuk pemilik laman web memantau prestasi dan statistik data yang berkaitan dengan pengguna laman web mereka. Dan daripada data-data ini, pemilik laman web boleh mencari ruang atau peluang untuk mengoptimisasikan lagi laman web mereka supaya konten laman web mereka dapat dipaparkan pada enjin carian Google.

Diantara kepentingan Google Search Console ialah :

google search console statistic

Memantau Prestasi Laman Web.

Dengan menggunakan Google Search Console, anda dapat melihat statistik data-data penting seperti total clicks, impression, average CTR dan juga average position laman web anda pada enjin carian Google Search. Total clicks ialah bilangan mereka yang klik masuk ke laman web anda manakala impression pula adalah bilangan berapa kali laman web anda yang terpapar pada enjin carian Google. Average CTR dan juga average position pula adalah click through rate dan position rank konten laman web anda pada ruangan Google.

Selain itu, anda juga boleh memaparkan data-data tertentu seperti queries, pages, countries, dan dates untuk anda ketahui keyword apakah yang konten laman web anda kuasai pada enjin carian Google, konten yang mana dan pada waktu bila dengan lebih terperinci dan spesifik.

coverage error page search console

Mengenalpasti Page Yang Bermasalah

Google Search Console juga dapat mengenal pasti page yang bermasalah yang ada pada laman web anda. Dengan fungsi ini, anda boleh mengenal pasti dan memperbaiki page tersebut dan Google Search Console akan membuat pengesahan berkenaan masalah tersebut sama ada sudah diselesaikan dengan sempurna ataupun tidak.

add new sitemap google search console

Menambah Sitemap Laman Web

Sitemap merupakan antara yang penting jika anda ingin memastikan laman web anda dimasukkan dalam enjin carian Google. Sitemap akan membantu robots untuk crawl content-content penting seperti link url, meta data dan lain-lain. Sekiranya anda menggunakan WordPress, terdapat pelbagai plugin seperti YOAST SEO, All in One SEO Pack, dan juga RankMath yang membantu anda mencipta Sitemap secara automatik jadi anda hanya perlu submit sahaja link sitemap tersebut pada Google Search Console.

Disamping itu, Google Search Console juga memaparkan statistik site linking external links dan juga internal links sebagai contoh top linking pages, top linking sites dan juga top linking text yang anda gunakan pada laman web anda. Terdapat juga fungsi seperti Speed, Mobile Usability, Breadcrumbs dan Sitelinks Searchbox yang boleh anda explore apabila menggunakan Google Search Console.

Kesimpulannya, sekiranya anda serius untuk memastikan konten-konten laman web anda dipaparkan pada enjin carian Google, selain daripada belajar sedikit sebanyak berkenaan SEO, anda harus menggunakan Google Search Console kerana ianya membantu anda dalam menganalisis dan mengenal pasti prestasi laman web anda daripada semasa ke semasa.

Jom baca Tips Pemilihan Spesifikasi Hosting disini : https://hostingmalaya.com/tips-pemilihan-spesifikasi-hosting.

Dapatkan Web Hosting Asia dengan DDos Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.