Laman WebTips

Pelan Langganan Billplz Julai 2023

Pelan Langganan Billplz 2023

Bermula pada 1 Julai 2023, Billplz telah melakukan pembaharuan terhadap pelan langganan mereka seperti dibawah.

pelan langganan billplz julai 2023

Jika sebelum ini untuk langganan akaun basic yang percuma hanya dicas RM1 untuk setiap pembayaran transaksi FPX, namun bermulai Julai ini ianya akan meningkat kepada RM1.05 per transaksi.

Bagi langganan akaun standard pula, bayaran tahunan sebanyak RM4240 dan cas pembayaran FPX meningkat sebanyak 10 sen, iaitu kepada 60sen berbanding 50 sen yang terdahulu.

Menurut email yang diberikan oleh Billplz kepada pengguna mereka, peningkatan signifikan kos operasi telah menyebabkan sukar untuk mereka kekal dengan kadar pelan pada waktu ini.

Walau bagaimana pun, Billplz mensasarkan untuk terus memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kemampanan Billplz untuk jangka masa yang panjang.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perubahan pelan langganan Billplz ini, anda boleh layari laman web mereka disini : https://www.billplz.com/pricing.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut atau sebarang permasalahan anda boleh hubungi Billplz melalui : team@billplz.com. Pihak Billplz akan cuba untuk membantu anda dalam apa jua cara sekalipun.

Sehubungan dengan itu, pengguna Billplz perlulah mengemaskini kadar terbaru ini di dalam sistem yang digunakan sesuai dengan perubahan pelan langganan Billplz yang terkini untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Tips Memilih Pakej Web Hosting Terbaik : https://hostingmalaya.com/tips-memilih-pakej-web-hosting-terbaik.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Dilengkapi DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.