Game HostingHostingLaman WebTipsVPS Hosting

Tips Memilih Pakej Web Hosting Terbaik

Tips Memilih Pakej Web Hosting Terbaik

Bagaimana cara untuk memilih pakej Web Hosting yang terbaik ?

  • Pastikan anda tahu spesifikasi hosting yang diperlukan.

cara memilih spesifikasi server hosting

Setiap sistem mempunyai keperluan spesifikasi hosting yang tersendiri, malah penggunaan web juga merupakan faktor penting dalam pemilihan pakej web hosting yang betul. Anda perlu ambil tahu beberapa perkara penting seperti bandwith, storan SSD, server uptime, memory, inodes dan sebagainya.

Sekiranya penggunaan web agak tinggi, bermakna untuk mendapatkan result yang bagus memerlukan spesifikasi hosting yang tinggi juga, yang mampu menampung penggunaan lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Ada juga yang tidak sanggup membelanjakan kos pada hosting untuk spesifikasi yang baik, namun sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk ads dan iklan semata-mata mengejar sales atau jualan berbanding pengalaman penggunaan website itu sendiri.

Lebih ramai pengguna yang melawat website kita, lebih tinggi bandwith yang diperlukan untuk memastikan pengguna dapat membaca konten website dengan lebih pantas dan tanpa sebarang masalah.

Saya ada buat post pemilihan spesifikasi web hosting sebelum ini dengan lebih details, anda boleh rujuk disini : https://hostingmalaya.com/tips-pemilihan-spesifikasi-hosting.

  • Pemilihan lokasi server hosting yang sesuai dengan pengguna sasaran.

pemilihan lokasi server hosting

Ketahui lokasi server hosting manakah yang sesuai untuk anda letakkan website anda. Sebagai contoh sekiranya pengguna anda majoritinya berada di Asia Tenggara, adalah lebih baik untuk menggunakan server pada kawasan tersebut untuk pengalaman penggunaan yang pantas dan lebih baik disebabkan oleh low latency.

Sekiranya anda menggunakan server yang agak jauh seperti France, US, pengguna akan merasakan sedikit delay semasa melayari laman web anda, walaupun mungkin ianya tidaklah terlalu ketara.

  • Gunakan platform yang mudah untuk anda dapatkan support & bantuan.

best cms website platform

Walaupun kemungkinan besar syarikat hosting dapat memberikan general support mengenai masalah website yang anda mungkin hadapi, tetapi adalah lebih baik anda gunakan platform yang sering digunakan secara umum.

Platform yang digunakan umum sudah semestinya lebih mudah untuk anda dapatkan jawapan dalam menangani masalah website pada platform yang anda hadapi.

  • Ciri & fungsi tambahan yang menarik dan penting.

autobackup server hosting

Tidak semua web hosting memerlukan ciri tambahan tetapi adalah lebih baik sekiranya ada. Sebagai contoh DDoS Protection dan juga SSL percuma seperti yang kami tawarkan di Hosting Malaya. Selain itu, ciri tambahan seperti auto backup juga saya boleh katakan agak penting untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

  • Support & bantuan yang ditawarkan oleh syarikat hosting.

hosting support dan bantuan

Support sistem hosting ini berbeza-beza mengikut pengurusan hosting tersebut. Ada yang mempunyai premium support dimana pengguna perlu membayar secara bulanan dan support boleh didapatkan dengan pantas walaupun bukan pada waktu bekerja tempatan hosting tersebut. Ada juga hosting yang menyediakan general support dan hanya boleh didapatkan dengan pantas pada waktu bekerja sahaja.

Kami di Hosting Malaya akan cuba untuk membalas support ticket secepat mungkin walaupun bukan pada waktu bekerja, malah terdapat channel yang disediakan untuk memudahkan pengguna menghubungi support team kami secara terus.

Diharap 5 ciri-ciri ini dapat membantu anda memilih pakej web hosting terbaik. Untuk memilih syarikat hosting yang terbaik pula, kami ada kongsikan pada masa akan datang.

Dapatkan Web Hosting Pantas & Dilengkapi DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Ketahui cara membuat semakan DNS Propagation secara global disini : Tutorial Semakan DNS Propagation Secara Global.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.