DomainLaman WebTutorial

Tutorial Menggunakan Google Search Console

Tutorial Menggunakan Google Search Console

Tutorial Menggunakan Google Search Console ini merupakan pengenalan kepada apa yang harus anda lakukan pada Google Search Console selepas anda mempunyai laman web. Terdapat 2 sistem penting yang dibekalkan oleh google untuk pemilik laman web iaitu Google Analytics dan juga Google Search Console yang sebelum ini dikenali sebagai Google Webmaster.

Mengapa Google Search Console ini penting ?

Dengan menggunakan Google Search Console, anda boleh ketahui mengenai status page laman web anda yang telah diindeks di dalam Google oleh Google pada enjin carian mereka. Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk memastikan google berjaya ‘crawl’ laman web anda serta Google Search Console dapat memaparkan masalah atau isu yang berlaku dengan laman web anda.

Bagaimanakah cara untuk ‘Add Domain’ laman web anda pada Google Search Console ?

  1. Login akaun Google anda di : https://search.google.com/search-console dan klik Add Property. Pilih domain jika anda ingin add kesemua URL pada domain anda dan klik Continue.
    tutorial add domain google search console
  2. Anda perlu membuat domain ownership verification dengan menambah DNS Record yang diberikan oleh Google Search Console dan ditambah pada DNS provider yang domain anda gunakan.
    dns management cloudflare
    dns zone cPanel
    Atau sekiranya anda menggunakan platform WordPress, anda boleh install dan gunakan plugin ‘Site Kit by Google’ dan Sign In google account anda pada Dashboard plugin tersebut.
    wordpress site kit by google

Terdapat pelbagai lagi fungsi yang boleh anda gunakan pada plugin Site Kit by Google ini contohnya integration dengan google adsense, google analytics, PageSpeed Insights, Optimize dan juga Tag Manager. Anda boleh search plugin ini pada ruangan search plugin atau dapatkannya disini : https://wordpress.org/plugins/google-site-kit.

fungsi google site kit plugin

Terdapat pelbagai maklumat yang anda boleh dapati daripada Google Search Console ini diantaranya Search Appearance, Search Traffic, Google Index, Crawl Status dan juga Performance laman web yang anda miliki. Saya akan fokuskan mengenai fungsi yang ditawarkan oleh Google Search Console pada post yang seterusnya.

Diharap tutorial menggunakan google search console ini dapat membantu pembangun atau pemilik laman web untuk menambah domain anda pada Google Search Console. Sudahkah anda memasukkan kesemua domain anda didalam Google Search Console ? Atau bagi anda ianya tidak penting ?

Jom baca Tutorial Penggunaan SSL pada cPanel disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-penggunaan-ssl-pada-cpanel.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.