Laman Web

Pelan Langganan Billplz Januari 2024

Pelan Langganan Billplz 2024Bermula pada 1 Januari 2024 kelak, Billplz sekali lagi telah melakukan pembaharuan terhadap pelan langganan mereka seperti dibawah.

pelan langganan billplz 2024

Jika sebelum ini untuk langganan akaun basic yang percuma hanya dicas RM1.05 untuk setiap pembayaran transaksi FPX, namun bermulai Julai ini ianya akan meningkat kepada RM1.10 per transaksi.

Bagi langganan akaun standard pula, bayaran tahunan sebanyak RM999 dan cas pembayaran FPX meningkat sebanyak 10 sen, iaitu kepada 70sen berbanding 60 sen yang terdahulu.

Menurut email yang diberikan oleh Billplz akan mengimplementasikan harga terbaru ini untuk terus memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang pada waktu ini.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perubahan pelan langganan Billplz ini, anda boleh layari laman web mereka disini : https://www.billplz.com/pricing.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut atau sebarang permasalahan anda boleh hubungi Billplz melalui : team@billplz.com.

Sehubungan dengan itu, pengguna Billplz perlulah mengemaskini kadar terbaru ini di dalam sistem yang digunakan sesuai dengan perubahan pelan langganan Billplz yang terkini untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Bagaimana dengan pendapat anda dengan kenaikan kadar terbaru pelan langganan Billplz bermula awal januari 2024 ini ? Atau adakah anda menggunakan alternatif sistem payment gateway yang lain ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Tips Memilih Pakej Web Hosting Terbaik : https://hostingmalaya.com/tips-memilih-pakej-web-hosting-terbaik.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Dilengkapi DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.