DomainHostingLaman Web

Apa Itu Domain Dan Hosting

Apa Itu Domain Dan Hosting

domain dan hosting

Apa itu domain dan hosting ? Bagi yang baru berjinak-jinak untuk membuat laman web ataupun mereka yang ingin menggunakan laman web sebagai platform mereka, pasti ada diantara mereka yang keliru, apakah perbezaan bagi domain dan hosting ?

Apa itu domain ?

Domain adalah address ataupun alamat laman web anda. Sebagai contoh, saya menggunakan address http://hostingmalaya.com dan itu adalah domain saya. Anda perlu fikir nama domain yang menarik, ringkas, mudah ditaip dan mudah diingati kerana sekiranya domain anda terlalu panjang dan sukar diingat, ia akan mempengaruhi return visitor yang bermaksud, adakah mereka akan kembali untuk melayari laman web anda. Saya ada memberikan beberapa tips untuk memilih domain sebelum ini, anda boleh layari : http://hostingmalaya.com/kriteria-menentukan-nama-website-anda . Fungsi domain ini adalah sebagai nama/alamat untuk laman web anda.

Apa itu hosting ?

Hosting adalah storage ataupun penyimpanan fail-fail dan data laman web anda untuk dipaparkan sekiranya visitor klik ke address domain anda. Segala kandungan laman web anda seperti teks, gambar, video, data dan sebagainya akan disimpan didalam hosting. Selain itu, sekiranya anda inginkan subdomain seperti login.domain.com atau sebagainya juga boleh dibuat dengan adanya hosting (sekiranya hosting tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut).

Selalunya harga domain bergantung kepada jenis address yang dimahukan, biasanya dalam harga RM45-65 untuk harga domain ataupun renewal tahunan domain. Untuk hosting pula, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh hosting tersebut. Anda perlu mengenalpasti apakah kelebihan perkhidmatan yang diberikan untuk mendapatkan servis terbaik dari pihak hosting.

Sudah dapat bezakan domain dan hosting ? 🙂

Mahukan hosting berkualiti dan murah ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel.Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

Leave a Comment

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!