DomainTips

Kriteria Menentukan Nama Website Anda

Kriteria Menentukan Nama Website Anda

Nama website

Bagi mereka yang masih baru dalam dunia laman web, pasti agak sukar dalam memilih nama website. Hal ini kerana pelbagai sudut yang difikirkan bagaimana cara untuk membuat penjenamaan website tersendiri supaya mudah dilawati dan menjadi tarikan visitors untuk melayari atau menggunakan laman web tersebut. Artikel kali ini saya sediakan untuk membantu bagaimana cara memilih nama website yang baik.

1. Gunakan nama website yang unik, ringkas dan mudah untuk ditaip.

Penggunaaan nama website yang unik, ringkas dan mudah untuk ditaip akan menarik pengguna untuk melayari laman web kita semula. Dengan nama yang ringkas dan mudah untuk ditaip, pengguna dapat menghafal laman web kita dengan mudah , dibandingkan dengan nama laman web yang panjang dan sukar untuk ditaip. Gunakan perkataan yang mudah dibaca dan bermakna.

2. Gunakan nama website yang berkenaan dengan fungsi atau penjenamaan website.

Fokus nama website sebagai ‘branding’ bagi produk anda ataupun sinonim dengan fungsi website tersebut. Sebagai contoh gunakan niche sebagai fungsi, penjenamaan sendiri ataupun nama domain yang kreatif. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis extension domain seperti .com , .com.my , .ml , dan .xyz. Sebagai contoh domain kreatif ‘subscri.be’.

3. Gunakan bahasa pengguna yang anda ‘target’.

Ya, gunakan bahasa pengguna yang anda target. Sebagai contoh, sekiranya anda target pengguna negara Malaysia untuk melayari laman tersebut, anda boleh menggunakan bahasa melayu untuk nama domain tersebut supaya pengguna yang anda target mudah untuk mengingat nama domain anda.Sekiranya pengguna negara lain membaca nama domain tersebut, berkemungkinan mereka memerlukan ‘Google Translate‘.

Disini saya sediakan satu aplikasi dimana anda boleh mendapatkan idea untuk nama website anda iaitu http://www.bustaname.com/ . Pilih domain maker pada website tersebut dan isi apa nama domain yang anda mahu pada awalan domain. Laman web tersebut akan rekomendasi nama web yang boleh anda gunakan.

Sudah ada domain ? Mahukan hosting berkualiti dan murah ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel.Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk andamonitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakanSiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

2 Comments

  1. Pingback: Apa Itu Domain Dan Hosting - Hosting Malaya November 17, 2015
    • Admin

Leave a Comment

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!