Jika sebelum ini saya ada buat posting berkenaan tutorial pendaftaran VPS Digital Ocean, kali ini kita akan berikan pula tutorial pendaftaran VPS Linode. Jika pada Digital Ocean VPS dipanggil sebagai droplet, pada Linode, VPS akan dipanggil sebagai Linode. Linode juga ada menyediakan plan serendah 5 USD / bulan.
Linode ada menyediakan Standard Plan untuk penggunaan biasa, High Memory Plan yang memfokuskan kepada penggunaan intensif memori, Dedicated CPU Plan yang memfokuskan kepada penggunaan intensif CPU dan juga GPU Plan yang menggunakan RTX 6000 GPU dengan penawaran harga yang sangat menarik dan kompetitif.
Untuk mendaftar VPS di Linode, anda boleh daftar pada pautan ini : https://www.linode.com/lp/refer/?r=70a040adbbf954e2945f25f3defcac42b5c0f1a4. Pastikan anda mendaftar menggunakan pautan tersebut untuk menerima 100 USD kredit secara percuma dalam akaun anda selama 60 hari.
Linode menyediakan servis untuk anda mencipta Linode iaitu VPS, Volume untuk storage tambahan yang boleh digunakan pada mana-mana Linode VPS, servis NodeBalancer, Domain sebagai DNS Management dan juga one click apps yang membolehkan pengguna memasang perisian seperti WordPress, WooCommerce, Game Server dan sebagainya.
Linode juga memberikan kebebasan dalam penggunaan distribution dimana pengguna boleh menggunakan Alpine, Arch Linux, CentOS, CoreOS, Debian, Fedora, Gentoo, Slackware, Ubuntu dan juga openSUSE dengan pelbagai versi. Namun seperti biasa, digalakkan untuk menggunakan versi yang terkini untuk mengelakkan isu kerentanan sekuriti atau sebagainya.
Akses root linode juga akan diberikan melalui email dan anda boleh mengakses akaun linode anda menggunakan SSH seperti Putty dan WinSCP untuk tujuan pemasangan sistem dan servis yang diperlukan untuk proses pembangunan sistem anda.
Diharap tutorial pendaftaran VPS Linode ini dapat membantu anda membuka akaun linode tanpa sebarang masalah. Daftar akaun Linode anda disini : https://www.linode.com/?r=70a040adbbf954e2945f25f3defcac42b5c0f1a4 untuk VPS dengan harga yang menarik.
Daripada pengamatan saya berkenaan penggunaan VPS lokasi di Singapore menggunakan Digital Ocean dan juga Linode, daripada pengalaman saya menggunakan kedua-dua jenis VPS ini, saya dapat lihat Linode mempunyai latensi atau ping yang lebih tinggi berbanding Digital Ocean apabila menggunakan Unifi. Kurang pasti sama ada disebabkan oleh Unifi yang bermasalah atau memang kesemua ISP mempunyai masalah sambungan ke Datacenter tersebut.
Saya akan perincikan maklumat berkenaan masalah Unifi ke Datacenter tertentu di Singapore pada post yang akan datang. Ya, saya ada kesan masalah Unifi untuk mengakses ke Datacenter tertentu di Singapore pada setiap hari pada jam 8-11 malam setiap hari dan saya anggap masalah ini agak kritikal. Namun, ISP Malaysia yang lain kebanyakannya tidak mengalami masalah ini.
Tutorial Pendaftaran VPS Digital Ocean : https://hostingmalaya.com/tutorial-pendaftaran-vps-digital-ocean.
Dapatkan DDoS Protected Web Hosting Asia berkualiti disini : https://billing.hostingmalaya.com.
Bagaimana cara registrasi Linode cloud, saya buat selalu cancel
boleh ikut tutorial diatas ya.