DomainLaman WebTips

Senarai Semak Selepas Pembelian Domain

Senarai Semak Selepas Pembelian Domain

Daripada pengalaman kami dengan klien-klien sebelum ini, saya kira senarai semak selepas pembelian domain adalah perlu untuk dijadikan sebagai panduan kepada pembeli-pembeli domain khasnya kepada pembeli domain baru. Hal ini kerana kebanyakan pembeli domain tidak mengambih kisah berkenaan domain selepas pembelian domain dibuat lebih-lebih lagi kepada pembangun laman web dan freelancer baru.

Diantara senarai semak selepas pembelian domain adalah seperti berikut :
domain email verification

  1. Domain Email Verification.
    Pastikan anda telah verifikasi domain anda melalui email yang telah didaftarkan sebagai Registrant domain. Verifikasi domain ini adalah penting sebagai ketepatan maklumat domain yang dipaparkan pada WHOIS dan sekiranya tidak diverifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan (terdapat penyedia domain yang menetapkan selama 30 hari), berkemungkinan domain tersebut akan dinyahaktifkan sementara sehinggalah verifikasi dilakukan.
    domain expire and renew cost
  2. Domain Renewal Information.
    Untuk mengelakkan masalah pada masa yang akan datang, pastikan email yang anda gunakan pada registrant domain merupakan email yang sering anda buka atau dibuka secara berkala untuk memastikan tiada domain yang terlepas pandang untuk diperbaharui. Maklumat berkenaan harga atau kos pembaharuan domain serta tarikh tamat tempoh domain perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi jika anda menguruskan banyak domain dalam satu masa.
    name server dns management namesilo
  3. Name Server / DNS Management.
    Name Server atau DNS Management haruslah ditetapkan bersesuaian dengan konfigurasi yang anda inginkan. Anda boleh menggunakan laman web http://intodns.com untuk menyemak konfigurasi dan laporan berkenaan DNS anda sama ada mempunyai masalah ataupun tidak. Jika domain anda tidak mempunyai DNS Management, anda boleh gunakan pelbagai DNS Management seperti Cloudflare.Maklumat lanjut berkenaan Cloudflare untuk laman web : https://hostingmalaya.com/apa-itu-cloudflare-untuk-laman-web.
    whois domain protection
  4. WHOIS Record + ID Protection.
    Maklumat berkenaan WHOIS Record haruslah tepat dan betul untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah yang tidak diingini. Sekiranya anda inginkan WHOIS Privacy, anda boleh melanggan ID Protection atau WHOIS Protection untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah spam daripada syarikat pihak ketiga yang menawarkan servis yang pelbagai khususnya daripada negara India.Maklumat lanjut berkenaan WHOIS Protection : https://hostingmalaya.com/apa-itu-whois-protection.

Diharap dengan senarai semak selepas pembelian domain ini dapat membantu anda dalam menguruskan domain-domain klien dan mengelakkan daripada berlakunya masalah yang tidak diingini pada masa yang akan datang. Jadilah pembangun laman web yang boleh bekerjasama dalam berurusan dengan klien serta tidak lepas tangan begitu sahaja sekiranya kita sebagai pembangun laman web atau freelancer menggunakan maklumat kita sendiri pada registrant domain tersebut.

Dapatkan DDoS Protected Web Hosting Asia berkualiti disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.