Pada kali ini saya akan memberikan panduan pendaftaran VPS Digital Ocean. Terdapat keadaan dimana pemilik laman web akan menggunakan VPS berbanding Shared Hosting disebabkan oleh limitasi-limitasi dan juga ‘janji-janji manis’ yang diberikan oleh penyedia hosting tetapi tidak dapat digunakan seperti yang dijangka disebabkan oleh perkongsian penggunaan dengan pengguna yang lain.
Oleh itu, mereka lebih suka untuk menggunakan VPS untuk mengelak daripada menerima masalah-masalah yang memeningkan dan merunsingkan developer. Bayar lebih sikit tidak mengapa asalkan spesifikasi server dan resources yang digunakan boleh dikawal dengan sepenuhnya.
Untuk mendaftar VPS di Digital Ocean, anda boleh daftar pada pautan ini : https://m.do.co/c/bbed66ae51ae. Pastikan anda mendaftar menggunakan pautan tersebut untuk menerima 200 USD kredit secara percuma dalam akaun anda selama 60 hari. Dalam proses pendaftaran, anda akan diminta untuk mengisikan maklumat billing sama ada menggunakan Credit/Debit Card atau menggunakan Paypal.
Digital Ocean tidak akan mengecaj Credit/Debit Card anda sehinggalah anda menggunakan perkhidmatan berbayar serta penolakan dalam akaun hanyalah sebagai verifikasi dan akan dipulangkan semula. Untuk verifikasi menggunakan Paypal pula, 5 USD kredit yang digunakan sebagai verifikasi akan dimasukkan ke dalam akaun Digital Ocean dimana boleh digunakan untuk mencipta droplet server serendah 5 USD sebulan.
Terdapat keadaan dimana Digital Ocean akan serta merta lock akaun yang baru didaftarkan untuk mengelakkan aktiviti penipuan dan apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada pautan Support, dan klik Open a Support Ticket untuk mengakses akaun anda. Dibawah adalah contoh Support Ticket yang saya pernah saya hantar kepada pihak Digital Ocean.
Dan dibawah pula adalah balasan email daripada pihak Digital Ocean.
Selepas mendapat email seperti diatas, bermaksud akaun anda sudah boleh dibuka dan 100 USD percuma dalam tempoh 60 hari tersebut sudah boleh digunakan. Sebagai peringatan, selepas pada tempoh 60 hari tersebut, 100 USD kredit percuma tersebut akan tamat tempoh dan anda perlu menambah kredit menggunakan Paypal atau Debit/Credit Card anda.
Dengan menggunakan Digital Ocean, anda boleh mencipta projek dan juga ahli untuk mengurus sesebuah projek secara berkumpulan. Pada sesebuah projek, anda boleh mencipta beberapa droplet dan servis yang bersesuaian dengan apa yang diperlukan oleh sistem yang anda ingin bangunkan.
Sebagai contohnya anda memerlukan managed database, load balancer, storage volume, DNS management dan pelbagai lagi servis berkaitan dengan droplets yang ditawarkan boleh didapati melalui dashboard mereka. Statistik penggunaan droplet anda juga boleh dilihat melalui graph penggunaan yang diberikan sebagai contoh penggunaan bandwith, CPU dan juga Disk I/O. Servis auto backup juga disediakan dengan harga yang sangat menarik.
Terdapat pelbagai distribution OS yang disediakan diantaranya Ubuntu, FreeBSD, Fedora, Debian dan juga Centos dengan pelbagai version. Untuk memudahkan pengguna, Digital Ocean ada menyediakan pelbagai jenis plan sama ada standard atau mengikut spesifikasi yang diutamakan seperti General Purpose, CPU-Optimized dan juga Memory-Optimized dengan plan serendah 5 USD sahaja sebulan.
Terdapat pelbagai juga aplikasi yang boleh diinstall dengan mudah menggunakan Digital Ocean ini diantaranya WordPress, Plesk, OpenVPN, LAMP dan platform-platform lain yang sering digunakan oleh pengguna Digital Ocean.
Anda juga boleh memilih sama ada ingin menambah storage, lokasi datacenter dan sebagainya serta klik pada Create Droplet.
Anda akan menerima email berkenaan akses root droplet anda melalui email seperti dibawah.
Melalui akses root ini, anda boleh mengakses akaun droplet anda menggunakan SSH seperti Putty dan WinSCP untuk tujuan pemasangan sistem dan servis yang diperlukan untuk proses pembangunan sistem anda.
Diharap tutorial pendaftaran VPS Digital Ocean ini dapat membantu anda dan mendapatkan 100 USD secara percuma pada pembukaan akaun tanpa sebarang masalah. Daftar akaun Digital Ocean anda disini : https://m.do.co/c/bbed66ae51ae untuk VPS dengan harga yang menarik.
Ketahui Kepentingan Google Search Console disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-google-search-console.
Jom Baca Tips Pemilihan Spesifikasi Hosting disini : https://hostingmalaya.com/tips-pemilihan-spesifikasi-hosting.