HostingLaman WebTips

Keburukan Menggunakan Nulled Theme/Plugin

Keburukan Menggunakan Nulled Theme Plugin

Nulled theme/ plugin sememangnya tidak asing lebih-lebih lagi untuk developer atau pereka laman web. Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi kesan daripada keburukan menggunakan nulled theme/plugin. Sebolehnya, elakkan diri daripada menggunakan nulled theme/plugin ‘at all cost’ kerana risiko-risiko yang mungkin anda perlu hadapi adalah agak tinggi.

Bagi mereka yang kurang jelas berkenaan nulled theme/plugin, nulled theme/plugin adalah theme atau plugin premium yang diubahsuai oleh mereka yang mahir dalam pengaturcaraan komputer untuk digunakan secara percuma dan disebarkan secara percuma di internet. Berbeza dengan premium theme atau plugin yang disediakan secara khusus oleh developer yang dipercayai khasnya untuk pengguna platform WordPress.

Diantara keburukan menggunakan nulled theme/plugin ialah :

  • Terdedah dengan ancaman penggodam.

hacker nulled theme

Penggunaan nulled theme atau plugin boleh dikatakan ‘membuka pintu’ untuk penggodam menggodam laman web atau sistem anda dengan mudah. Seperti yang anda maklum, nulled theme atau plugin telahpun diubah suai. Terdapat banyak kes dimana penggunaan nulled theme atau plugin menjadikan laman web mereka digodam dan ini tidak terhad kepada pengguna WordPress sahaja.

  • Nulled theme atau plugin telah diselitkan kod hasad.

kod hasad nulled theme

Selain itu, terdapat juga keadaan dimana nulled theme atau plugin ini telah diselitkan kod hasad seperti iklan, penukaran maklumat berkaitan metadata laman web, kod yang memaparkan maklumat sekuriti laman web dan juga menggunakan spesifikasi hosting seperti ‘mining’. Apabila maklumat metadata telah diubah, secara tidak langsung ianya akan menjejaskan SEO bagi sesebuah laman web.

  • Tidak mendapat support atau bantuan daripada pereka asal theme atau plugin premium tersebut.

developer premium theme support

Memandangkan anda tidak membeli lesen penggunaan theme atau plugin tersebut menggunakan saluran yang betul, anda tidak dapat mengakses sistem support atau bantuan secara terus daripada pereka asal theme atau plugin premium. Kebiasaannya, sebagai pengguna theme atau plugin premium, sekiranya terdapat isu dalam penggunaannya, pengguna boleh menghubungi pihak support dan mereka akan membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.

  • Anda tidak dapat kemaskini terbaru untuk nulled theme atau plugin tersebut.

support latest version wordpress

Teknologi semakin hari semakin berkembang, begitu juga dengan sistem-sistem yang digunakan oleh laman web. Terdapat kemungkinan dimana sekiranya kemaskini sistem laman web seperti WordPress atau sebagainya dilakukan akan menyebabkan konflikasi pada theme plugin yang digunakan. Kebiasaannya developer theme premium akan mengemaskini theme dan plugin mereka dengan bersesuaian. Jika terdapat isu sekuriti atau sebagainya dikesan, developer juga akan mengemaskininya sebelum ianya menular dengan lebih parah.

  • Duit pembelian lesen theme atau plugin tersebut tidak diterima oleh developer.

support developer teamHasil daripada jualan lesen theme dan plugin inilah yang akan digunakan sebagai pendapatan developer dan juga khidmat support atau bantuan secara terus daripada mereka. Di samping itu, hasil daripada penjualan lesen theme dan plugin ini juga akan digunakan sebagai kos kemaskini yang akan datang. Hasil yang baik juga kebiasaannya memberikan momentum yang besar kepada developer untuk berusaha keras pada kemaskini yang akan datang.

Jom baca Tutorial Pendaftaran VPS Linode disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-pendaftaran-vps-linode.

Ketahui Tips Membeli Secara Online disini : https://amirazman.my/tips-membeli-secara-online.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.