HostingLaman WebTipsTutorial

Tutorial Menukar PHP Version cPanel

Tutorial Menukar PHP Version cPanel

Tutorial Menukar PHP Version menggunakan cPanel ini khas untuk mereka yang ingin memastikan laman web mereka dapat menjalankan setiap paparan yang diperlukan oleh pengguna laman web. Terdapat pelbagai jenis php version yang masih wujud pada ketika ini dan kebiasaannya ialah versi 5.6,7.0,7.1 dan juga versi terbaru yang berkemungkinan besar belum stabil penggunaannya.

Bilakah waktu sesuai untuk menukar PHP Version ini ?

  1. Apabila laman web anda telah menyokong versi php version yang terkini.
  2. Apabila laman web anda menyarankan menggunakan versi php version yang terkini.
  3. Apabila script atau laman web anda memerlukan php version yang specific untuk menjalankan fungsi yang telah ditetapkan (digalakkan script atau laman web dikemaskini kepada versi php terkini).

peratusan versi php laman web

Digalakkan untuk menggunakan php version 7.0 dan keatas kerana version PHP yang lama sudah dihentikan support dan kemaskininya. Menurut statistik daripada w3techs, 60% daripada laman web masih menggunakan php version 5.x dan tidak sampai 40% yang telah menggunakan versi 7.x.

Anda boleh lihat data statistik tersebut disini : https://w3techs.com/technologies/details/pl-php/all/all.

Sebelum ini, terdapat juga beberapa klien daripada Hosting Malaya yang mengalami masalah Elementor editornya tidak load secara sempurna dan saya selesaikan dengan mengubah daripada php version 5.6 kepada versi terkini yang disediakan iaitu 7.1 .

php version vulnerability

Adalah sangat penting untuk pereka laman web dan pemilik laman web untuk memastikan laman web mereka sentiasa dikemaskini untuk memastikan prestasi laman web yang lebih baik, tidak terdedah dengan vulnerability atau flaw yang membuatkan laman web anda digodam dengan mudah.

Anda mengikuti tutorial menukar php version menggunakan cPanel dengan langkah seperti dibawah :

  1. Login cPanel akses anda.
  2. Klik pada MultiPHP Manager.
  3. Select atau Tick pada domain yang anda ingin tukarkan versi PHP dan pilih versi PHP yang anda mahukan.
  4. Klik Apply.

multiphp manager cpanel

tutorial tukar versi php cpanel

Atau anda boleh lihat video dibawah :

Diharap post pada kali ini dapat membantu anda untuk menukar versi PHP yang laman web anda gunakan dengan menggunakan cPanel. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan diruangan komen dan saya akan cuba untuk reply dengan sebaik mungkin.

Jom baca ‘Kelebihan Memiliki Laman Web’ disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-memiliki-laman-web.

Inginkan web hosting dengan harga berpatutan dan menarik ? Klik disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Memerlukan laman web untuk perniagaan anda ? Hubungi kami melalui Facebook Page kami di : https://www.facebook.com/hostingmalaya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.