Laman WebTips

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia

Pada post kali ini saya akan senaraikan payment gateway Ecommerce yang sesuai untuk diintegrasikan di mana-mana Shopping Cart Web atau Ecommerce bagi pengguna di Malaysia. Diharap post pada kali ini dapat membantu proses pembinaan laman web dalam memilih payment gateway yang sesuai.

  • ToyyibPay

toyyibpay payment gateway

Pendaftaran Toyyibpay agak mudah kerana payment gateway ini menerima pengguna yang ingin menggunakan akaun personal atau perniagaan. Pelan yang ditawarkan juga agak ‘straight forward’ dan mudah difahami. Hanya 1 pelan sahaja yang ditawarkan iaitu pelan Standard.

pelan toyyibpay

Pelan Standard ini menawarkan cas transaksi melalui FPX serendah RM1 sahaja manakala untuk kad kredit & debit pula 2% daripada jumlah transaksi dengan caj minimum sekurang-kurangnya RM1. Plugin untuk WooCommerce juga disediakan. Pelan ini juga tiada cas bulanan dan sesuai digunakan oleh mereka yang masih baru ingin mencuba-cuba membuat jualan menggunakan Ecommerce.

Anda boleh membuat pendaftaran ToyyibPay disini : https://toyyibpay.com/e/9168067273195776.

  • Bizappay

bizappay

Bizzappay merupakan perkhidmatan platform pembayaran dalam talian untuk perniagaan dan individu dengan kadar caj FPX RM1.00 per transaksi manakala 2.5% untuk kad kredit & debit dalam negara dan 3% untuk luar negara. Mereka juga telah menyediakan plugin integrasi untuk WooCommerce pada akses sistem Bizappay.

pakej bizappay

Daftar Bizappay disini : https://www.bizappay.com.

  • Billplz

billplz payment platform

Billplz merupakan diantara payment gateway yang menyokong pelbagai laman Ecommerce seperti Woocommerce, Opencart, Magento, WHMCS, Hostbill dan sebagainya. Anda boleh lihat pada Github yang disediakan disini : https://github.com/Billplz. Terdapat beberapa pelan yang ditawarkan seperti dibawah :

pelan billplz

Pelan Basic tidak memerlukan bayaran bulanan tetapi cas untuk setiap transaksi yang berjaya ialah RM1.50. Ini sesuai untuk pemula Ecommerce dan boleh menaiktaraf ke pelan yang lebih tinggi apabila transaksi yang diterima semakin tinggi.

Selain melalui FPX, Billplz juga menerima pembayaran melalui kad atau E-wallet sebagai contoh Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go namun terhad kepada pelan Standard atau Enterprise sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan oleh Billplz, anda boleh rujuk disini : https://www.billplz.com/pages/pricing.

Untuk mengelakkan sebarang masalah penipuan, Billplz memerlukan maklumat perniagaan seperti SSM dan akaun bank perniagaan untuk tujuan proses verifikasi. Anda boleh mendaftar akaun Billplz disini : https://www.billplz.com.

  • Paypal

payment gateway paypal

Payment gateway Paypal ini sangat mudah dan digunakan secara menyeluruh di seluruh dunia. Disebabkan oleh itu, Paypal ini sangat mudah untuk diintegrasikan dalam laman web Ecommerce dan terdapat pelbagai plugin yang menyokongnya. Walaupun begitu, Paypal mengenakan cas transaksi yang boleh dikatakan agak tinggi.

paypal fees

Anda boleh rujuk maklumat penuh mengenai Paypal SellerFees disini : https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/paypal-seller-fees.

Selain itu, Paypal agak sesuai untuk menerima jualan antarabangsa kerana Paypal menyokong pelbagai matawang dan proses pendaftarannya yang mudah dan pantas, hanya memerlukan kad bank yang telah berjaya diverifikasi oleh Paypal untuk mendapatkan status Verified Account sama ada personal ataupun business.

Daftar akaun Paypal anda disini : https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/merchant.

  • Stripe

stripe payment gateway

Stripe juga diantara payment gateway yang sangat mudah untuk digunakan dan diantara pilihan yang baik berbanding Paypal jika dilihat dari segi cas yang dikenakan. Mereka menyediakan plugin untuk Ecommerce seperti WordPress, Drupal, Magento dan Joomla.

Selain daripada pembayaran melalui kredit dan debit kad, Stripe juga menyokong pembayaran secara FPX dengan kadar bayaran 3% + RM1.00 dengan syarat tambahan memerlukan maklumat perniagaan sebagai verifikasi untuk mengaktifkan fungsi ini.

pembayaran stripe

Jika ditanya pada pendapat kami, untuk pembayaran secara kad, Stripe menawarkan cas yang lebih murah berbanding Paypal, tetapi untuk FPX pula casnya agak tinggi berbanding Billplz.

Anda boleh mendaftar Stripe disini : https://stripe.com/en-my.

  • SenangPay

senangpay online payment

SenangPay merupakan payment gateway yang menyokong platform seperti WordPress, Opencart, PrestaShop, HikaShop & Joomla. SenangPay menerima pembayaran daripada transaksi kad debit atau kredit, FPX serta E-wallet terpilih iaitu Boost dan Touch-n-Go.

pelan senangpay

Terdapat 3 pelan yang ditawarkan oleh SenangPay iaitu pelan Basic, Advanced dan juga Special. Hanya pelan Advanced dan Special sahaja yang menawarkan transaksi pembayaran melalui E-wallet Boost dan juga Touch-n-Go.

senang pay fees

Cas yang dikenakan bagi setiap transaksi yang ditawarkan oleh SenangPay anda boleh lihat seperti diatas. Bagi pelan Special, cas kredit & debit kad adalah lebih rendah daripada pelan Basic dan Advanced dan cas yang dikenakan untuk transaksi FPX pula 1.5% atau sekurang-kurangnya RM1 per transaksi. Untuk maklumat penuh mengenai cas transaksi SenangPay, anda boleh lihat disini : https://senangpay.my/fee-costing-features.

Daftar SenangPay disini : https://senangpay.my.

  • RaudhahPay

raudhahpay

RaudhahPay menawarkan pelan pendaftaran secara PERCUMA dan memerlukan maklumat perniagaan anda untuk proses verifikasi. Mereka menawarkan cas transaksi untuk FPX sebanyak RM1.50 per transaksi manakala untuk pembayaran kad kredit & debit pula  2% atau sekurang-kurangnya RM1.50 cas per transaksi akan dikenakan.

Selain itu, mereka juga mempunyai fungsi tambahan notifikasi SMS dengan cas sebanyak 12 sen untuk talian dalam negara dan 30 sen untuk talian luar negara.

transaction fee raudhahpay

Daftar RaudhahPay disini : https://www.raudhahpay.com.

  • Yezza

yezza ecommerce

Yezza menawarkan 3 jenis pelan iaitu Personal, Business dan Intelligence. Pelan Personal memerlukan anda menggunakan Yezza Store manakala untuk pelan Business dan Intelligence, anda boleh integrasikan dengan Shopify atau WooCommerce. Kos bagi setiap transaksi juga berbeza diantara pelan Personal iaitu RM1.30 manakala bagi pelan Business dan Intelligence pula RM1.00.

Terdapat kontrak tahunan yang boleh dilanggan untuk mendapatkan harga langganan yang lebih murah berbanding kontrak secara bulanan.

yezza payment gateway ecommerce

Anda boleh membuat pendaftaran di laman web rasmi mereka : https://yezza.io.

  • SecurePay

securepay payment gateway

SecurePay menawarkan pembayaran menggunakan FPX dan juga kad kredit & debit. Berdasarkan laman pricing mereka, terdapat 2 pelan yang ditawarkan iaitu pelan Basic dan juga Advanced. Pendaftaran pelan Basic boleh dilakukan secara percuma dengan kos per transaksi RM1.50 manakala untuk pelan Advanced pula RM1.00 kos per transaksi.

pelan basic advanced securepay

Pengguna pelan Advanced juga diberikan premium domain dan disenaraikan dalam Marketplace SecurePay. Untuk pelan Advanced, SecurePay memberikan promosi kepada pengguna mereka sekiranya membuat renewal untuk 6 bulan atau 12 bulan.

Daftar SecurePay disini : https://securepay.my/r/XCKF9D8Q.

  • iPay88

ipay88 payment gateway malaysia

iPay88 merupakan payment gateway yang sering digunakan oleh platform Ecommerce yang besar kerana ianya lebih stabil walaupun dengan jumlah transaksi yang sangat tinggi. Walaupun begitu, maklumat berkaitan transaksi tidak dipaparkan secara terus melalui laman web mereka, namun kebiasaannya digalakkan bagi mereka yang mempunyai volume jualan yang tinggi.

startup plan ipay88

Terdapat beberapa plan yang mereka tawarkan iaitu Startup, SME, Corporate dan juga Partnership. Untuk pelan startup, dikatakan sesuai untuk mereka yang mempunyai perolehan kurang dari RM4000 dan transaksi bulanan tidak melebihi 300 transaksi serta berdaftar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://www.ipay88.com/services/online_payment_for_start_up.html atau terus hubungi mereka melalui laman web tersebut.

  • KineticPay

kinetic gateway payment ecommerce malaysia

Buat masa ini, KineticPay hanya terbuka kepada pelanggan cPanel atau VPS yang diselia melalui omg-host.com sahaja. Menurut post beliau, kos transaksi untuk FPX hanya dicas sebanyak 70sen sahaja per transaksi, yang saya boleh katakan termurah buat masa ini.

Walau bagaimanapun, beliau sudah menekankan dengan lebih awal lagi dimana mereka tidak menerima transaksi berkenaan Multi Level Marketing (MLM), skim cepat kaya, produk lucah/ubat kuat, produk tanpa sijil KKM serta produk/servis yang salah disisi undang-undang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi beliau melalui post tersebut : https://www.facebook.com/faizalbahasan/posts/3669491466402954.

Terdapat pelbagai Ecommerce platform sedia ada yang mudah diintegrasikan dengan sistem pembayaran sebegini sebagai contoh Onpay.MY, OrderSini, Kiah.Store, Orderla.MY, EasyStore dan KedaiWeb. Kami akan kongsikan pada masa akan datang.

Diharap senarai payment gateway yang sesuai diintegrasikan untuk platform Ecommerce di Malaysia ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam anda membuat pilihan payment gateway terbaik untuk laman web anda.

Pembelian Domain Website Murah : https://amirazman.my/pembelian-domain-website-murah.

Keburukan Menggunakan Nulled Theme/Plugin : https://hostingmalaya.com/keburukan-menggunakan-nulled-theme-plugin.

6 Comments

  1. Ken
  2. Pak Lang
  3. Halim Shah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!