HostingLaman WebTipsTutorial

Kemaskini PHP 7.4 Telah Berakhir

Kemaskini PHP 7.4 Telah Berakhir

Bermula pada hari ini, kemaskini untuk PHP Versi 7.4 telah berakhir active updates dan security updates atau kita panggil sebagai end of life. Menurut jadual supported version dari PHP.net, kini terdapat 2 versi sahaja yang masih disokong iaitu versi 8.0 dan 8.1.

php supported version 2023

Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat penukaran versi PHP website kita ?

  • Apabila kemaskini sekuriti PHP versi yang kita gunakan untuk laman web telah berakhir atau end of life.
  • Apabila laman web kita menyokong atau menyarankan penggunaan PHP versi yang terkini.
  • Apabila script atau laman web anda memerlukan php version yang specific untuk menjalankan fungsi yang telah ditetapkan (digalakkan script atau laman web dikemaskini kepada versi php terkini).

w3tech php statistic website

Menurut statistik daripada w3techs, 70.4% daripada laman web masih menggunakan php version 7.x dan tidak sampai 7% yang telah menggunakan versi 8.x. Apatah lagi mereka yang menggunakan terlalu outdated version seperti version 5.X.

Anda boleh lihat data statistik tersebut disini : https://w3techs.com/technologies/details/pl-php.

vulnerabilities by year php

Adalah sangat penting untuk pereka laman web dan pemilik laman web untuk memastikan laman web mereka sentiasa dikemaskini untuk memastikan prestasi laman web yang lebih baik, tidak terdedah dengan vulnerability atau flaw yang membuatkan laman web anda digodam dengan mudah.

Anda mengikuti tutorial menukar php version menggunakan cPanel dengan langkah seperti dibawah :

  1. Login cPanel akses anda.
  2. Klik pada MultiPHP Manager.
  3. Select atau Tick pada domain yang anda ingin tukarkan versi PHP dan pilih versi PHP yang anda mahukan.
  4. Klik Apply.

cpanel multiphp managercpanel set php version

Atau anda boleh lihat video dibawah :

Diharap post pada kali ini dapat membantu anda untuk mengemaskini versi PHP yang laman web anda gunakan kepada yang baru dengan menggunakan cPanel memandangkan kemaskini php versi 7.4 telah berakhir. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan diruangan komen dan saya akan cuba untuk reply dengan sebaik mungkin.

Inginkan web hosting & game hosting dilengkapi dengan DDoS Protection ? Klik disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Perubahan Kepada Servis WHOIS MYNIC : https://hostingmalaya.com/perubahan-kepada-servis-whois-mynic.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.