DomainTips

Masalah Menggunakan Domain Percuma

Masalah Menggunakan Domain Percuma

Ada beberapa klien saya bertanyakan sama ada saya ada menyediakan domain percuma untuk kegunaan mereka. Sebenarnya terdapat beberapa masalah yang mungkin dan boleh terjadi apabila kita menggunakan domain percuma sama ada domain itu sendiri ataupun subdomain yang disediakan oleh pihak hosting.

Saya berikan contoh mudah berkenaan domain percuma. Contohnya domain percuma daripada Freenom seperti .TK, .ML, .GA, .GQ dan sebagainya ataupun subdomain yang disediakan oleh pihak hosting sebagai contoh https://bisnes.hosting.com. Adalah satu kelebihan sekiranya penyedia hosting memberikan anda domain .COM, .COM.MY atau sebagainya secara percuma, ini tidak termasuk dalam kategori domain atau subdomain percuma yang sedang kita bincangkan pada waktu ini.

Diantara masalah-masalah yang boleh berlaku apabila menggunakan domain percuma adalah :

domain diblock laman sosial

  • Kebarangkalian domain percuma untuk disekat sangat tinggi.

Domain percuma kebiasaannya lebih mudah untuk disekat memandangkan sesiapa sahaja boleh mendapatkannya dengan mudah. Disebabkan domain tersebut mudah untuk didapati, akan ada kebarangkalian untuk pengguna domain tersebut melakukan SPAM di laman sosial dan mengakibatkan TLD domain tersebut disekat daripada dikongsi pada laman sosial.

Jikasaya tidak silap, domain Freenom seperti .TK telah pun disekat penggunaannya oleh ISP Telekom Malaysia iaitu Unifi dan Streamyx dimana pautan tersebut tidak akan dapat dibuka. Jadi untuk mengaksesnya menggunakan ISP ini memerlukan pengguna untuk menukar DNS kepada DNS Google atau sebagainya.

freenom terms and agreement free domain

  • Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh penyedia domain percuma.

Domain percuma mempunyai polisi penggunaan yang lebih ketat berbanding domain berbayar. Sebagai contoh, domain percuma perlulah aktif dan mempunyai konten untuk kekal aktif. Namun, sekiranya didapati domain tersebut tiada konten, pihak penyedia domain boleh terminate domain tersebut pada bila-bila masa. Untuk terma dan syarat penggunaan domain percuma Freenom, anda boleh baca disini : https://www.freenom.com/en/termsandconditions.html.

gunakan domain percuma

  • Subdomain yang diberikan oleh penyedia hosting berkemungkinan dibuang.

Apabila anda bergantung dengan subdomain penyedia hosting dan anda ingin berpindah kepada hosting lain untuk mendapatkan spesifikasi atau servis yang lebih baik, berkemungkinan besar mereka akan buang subdomain tersebut apabila mereka mengetahui subdomain mereka digunakan untuk hosting luar.

Selain itu, sekiranya pengguna subdomain menggunakannya untuk spam pada laman sosial, terdapat kebarangkalian domain tersebut akan disekat. Bayangkan domain yang anda gunakan disekat sepenuhnya untuk dikongsi pada laman sosial, pastinya menjadi satu masalah yang besar bukan ?

facebook block website domain

Diatas merupakan beberapa masalah yang berkemungkinan berlaku sekiranya menggunakan domain percuma. Diharap perkongsian ini dapat membuka minda anda untuk mendapatkan domain berbayar walaupun memerlukan komitmen untuk pembayaran kos tahunan domain tersebut daripada terjadinya masalah yang tidak diingini.

Jom baca Pendaftaran Domain .MY Untuk Pelanggan OKU disini : https://hostingmalaya.com/pendaftaran-domain-my-untuk-pelanggan-oku.

Ketahui Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.