Game HostingGamesTips

Cara Mengenal Pasti Punca Lag Ketika Bermain Game

Cara Mengenal Pasti Punca Lag Ketika Bermain Game

Sebagai salah satu penyedia game hosting di Malaysia, saya terpanggil untuk membuat posting berkenaan cara mengenal pasti punca lag ketika bermain game. Terdapat pelbagai faktor antaranya gangguan teknologi wireless, spesifikasi telefon pintar atau komputer, masalah daripada penyedia internet atau daripada game server gaming itu sendiri.

gangguan frekuensi 2.4ghz wireless

  • Gangguan teknologi Wireless.

Sebahagian besar dari gamers pasti akan menggunakan wireless Wi-Fi sebagai connection internet. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi connection Wi-Fi diantaranya ialah Bluetooth. Bluetooth menjadi gangguan utama sekiranya diaktifkan lebih-lebih lagi sekiranya anda bermain game menggunakan telefon pintar disebabkan oleh penggunaan frekuensi. Pastikan Bluetooth telah dinyahaktifkan sekiranya anda inginkan penggunaan internet yang stabil dan lancar.

Anda boleh lihat maklumat tambahan berkenaan frekuensi ini disini : https://answers.microsoft.com/en-us/windows/forum/all/wifi-connection-becomes-unacceptably-slow-when/701f568c-f02d-4092-b2c9-f8a5012063b4.

spesifikasi telefon pintar lag

  • Spesifikasi Telefon Pintar atau Komputer/Laptop.

Spesifikasi telefon pintar atau komputer/laptop juga memainkan peranan penting untuk memastikan anda tidak mengalami lag ketika bermain game. Spesifikasi seperti processor dan juga graphic processor yang baik diperlukan untuk pengalaman gaming yang memuaskan dan tiada graphic stuttering berlaku (FPS drop).

masalah internet service provider

  • Masalah Penyedia Internet.

Di Malaysia, masalah penyedia internet khususnya jenis broadband dan mobile sering berlaku memandangkan terdapat faktor seperti kawasan liputan rangkaian yang terhad dan sukar untuk dicapai oleh pengguna menjadi punca kepada masalah lantesi yang tinggi. Selain itu, penggunaan sesebuah syarikat telco yang terlampau tinggi pada satu kawasan memberikan pengalaman penggunaan internet yang menyakitkan hati disebabkan oleh masalah ‘ketepuan pengguna’.

Di samping itu, kadang-kala syarikat ISP mengalami masalah apabila terdapat kabel fibre yang dicuri, dipotong atau mengalami isu teknikal yang mengganggu penggunaan internet dan juga routing khasnya ke luar negara. Apabila berlakunya masalah routing ini akan menyebabkan masalah latensi yang tinggi walaupun stabil.

game server bermasalah

  • Masalah Game Server.

Untuk masalah game server kebiasaannya akan melibatkan beberapa isu iaitu :

  1. Spesifikasi game server yang rendah tidak dapat menampung penggunaan pengguna pada satu-satu masa.
  2. Software atau sistem game server yang mempunyai kelemahan atau bermasalah.
  3. Game server yang terdedah kepada serangan penggodam seperti DDoS Attack.
  4. Routing game server yang bermasalah disebabkan oleh ISP. VPN mungkin membantu untuk masalah seperti ini.

punca internet lag game

Jadi, sebagai gamers apa yang boleh anda lakukan untuk mengenal pasti punca lag ketika bermain game ?

  1. Pastikan tiada gangguan connection wireless. Nyahaktifkan Bluetooth sekiranya Bluetooth anda aktif.
  2. Gunakan spesifikasi telefon pintar atau komputer/laptop yang optimum atau lebih tinggi daripada keperluan minimum permainan.
  3. Gunakan internet yang stabil dan mempunyai latensi yang rendah. Boleh cuba ping google.com -t pada command prompt untuk melihat kestabilan internet anda dari semasa ke semasa (time ms itu adalah ping anda).
    ping google.com -t
  4. Sekiranya anda tahu IP Address game server tersebut, boleh cuba ping IP Address tersebut dan lihat sama ada ping tinggi atau rendah. Jika ping google.com anda rendah tetapi ping ke game server adalah tinggi, boleh cuba buat aduan kepada pemilik game server.

Diharap post pada kali ini dapat membantu pemain game dan juga pemilik game server untuk mengenal pasti punca lag ketika bermain game untuk sama-sama memberikan pengalaman dan servis yang terbaik kepada pengguna.

Jom baca Cara Semak Ping Server Dengan Mudah disini : https://hostingmalaya.com/cara-semak-ping-server-dengan-mudah.

Ketahui Cara Semakan Kesihatan Hard Disk Anda disini : https://amirazman.my/cara-semakan-kesihatan-hard-disk.

Dapatkan Web / Game Hosting anda yang dilengkapi DDoS Protection di https://billing.hostingmalaya.com.

2 Comments

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!