DomainPromosi

Pendaftaran Domain .MY Untuk Pelanggan OKU

Pendaftaran Domain .MY Untuk Pelanggan OKU

Bermula pada 1 Januari 2020, MYNIC menawarkan kadar khas pendaftaran domain .MY untuk pelanggan OKU (Orang Kelainan Upaya) dengan pembayaran sebanyak RM60 sahaja dan kadar khas ini tertakluk untuk pendaftaran domain baru bermula pada tahun 2020. Menurut laman sesawang MYNIC, mereka ingin meningkatkan penggunaan ICT khasnya untuk OKU dan dengan penawaran ini dapat memberi mereka peluang untuk bersaing sama dalam ekonomi global digital.

Kelebihan ini dapat dinikmati oleh pengguna OKU yang telah berumur 18 tahun ke atas sahaja. Selain itu, maklumat identiti untuk tujuan verifikasi diperlukan seperti maklumat kad pengenalan dan juga kad OKU yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk ruangan FAQ mereka pada pautan ini : https://mynic.my/okubenefits/#faq.

promosi domain mynic oku

Memandangkan maklumat identiti yang diperlukan adalah maklumat peribadi dan bukanlah maklumat perniagaan, pendaftaran ini hanyalah tertakluk kepada domain .MY (individual) sahaja dan pembayaran untuk pembaharuan domain setiap tahun masih kekal RM120 seperti biasa. Setiap pendaftaran yang menggunakan kad OKU yang sah dihadkan kepada 5 pendaftaran domain baru sahaja untuk menerima kadar khas ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan OKU khas daripada MYNIC, anda boleh layari laman rasmi MYNIC disini : https://mynic.my/okubenefits.

Jom baca Tutorial Menggunakan Google Analytics disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-menggunakan-google-analytics.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dengan DDoS Protection South-East Asia disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!