Hosting

Kemaskini Keselamatan WHMCS Februari 2021

Kemaskini Keselamatan WHMCS Februari 2021

WHMCS telah mengeluarkan kemaskini keselamatan untuk produk WHMCS mereka pada 26 Februari 2021. Sekiranya anda menggunakan WHMCS untuk platform pengebilan dan automasi web hosting, disarankan untuk anda mengemaskini platform WHMCS anda dengan segera.

Menurut WHMCS, terdapat kerentanan sekuriti yang telah dikenalpasti menjejaskan kesemua versi WHMCS dan pihak WHMCS telah mengeluarkan patch kemaskini keselamatan untuk versi WHMCS yang masih aktif iaitu 7.7, 7.8 dan 7.9 serta kemaskini automatik untuk versi 7.10, 8.0 serta 8.1.

Pengguna WHMCS versi 7.10, 8.0 atau 8.1 boleh mengemaskini secara manual atau menggunakan Automatic Updater. Disarankan untuk menggunakan Automatic Updater bagi ketiga-tiga versi ini.

Bagi pengguna WHMCS versi .7, 7.8 dan 7.9 pula, anda boleh memuat turun patch yang telah disediakan oleh pihak WHMCS di https://download.whmcs.com.

Isu ini telah dilaporkan melalui program Security Bug Bounty Program dan tiada bukti yang menunjukkan isu ini telah diketahui umum. Maklumat lanjut dan perincian untuk isu ini tidak akan dipaparkan untuk mengelakkan keselamatan pengguna WHMCS yang masih belum mengemaskini sistem mereka terancam.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengemaskini versi WHMCS anda, anda boleh hubungi support team WHMCS di sini : www.whmcs.com/submit-a-ticket.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini keselamatan WHMCS pada Februari 2021 ini, anda boleh layari blog rasmi WHMCS : https://blog.whmcs.com/133679/security-update-2021-02-26.

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia : https://hostingmalaya.com/senarai-payment-gateway-ecommerce-malaysia.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.