HostingLaman WebTips

Laman Web Dipaparkan Deceptive Site Ahead ?

Laman Web Dipaparkan Deceptive Site Ahead

Pernah atau tidak anda melayari laman web, kemudian dipaparkan Deceptive site ahead seperti diatas ketika menggunakan browser Google Chrome ? Terdapat pelbagai jenis amaran yang dikeluarkan oleh Google Safe Browsing diantaranya :

  1. Deceptive sites : Berkaitan dengan laman web ‘phishing’ atau ‘social engineering’ dimana menjerat pengguna untuk mengisi maklumat penting seperti maklumat personal, kredit kad dan sebagainya di laman web yang palsu.
  2. Dangerous sites : Berkaitan dengan laman web yang mempunyai ‘malware’ atau ‘unwanted software’ yang boleh menjejaskan peralatan pengguna serta menyebabkan masalah apabila melayari laman web secara online.

Sekiranya anda melayari laman web tersebut sebagai pelawat atau pengguna, sila elakkan untuk menggunakan laman web tersebut dan elakkan mengisi apa-apa maklumat atau memuat turun apa-apa software atau sebagainya daripada iklan dan sebagainya untuk mengelakkan sebarang masalah. Jika anda mengenali pemilik laman web tersebut, anda boleh maklumkan kepada mereka isu ini untuk tindakan lanjut daripada pihak mereka.

Jika anda merupakan pemilik laman web yang mempunyai masalah sebegini, pastikan anda kenal pasti punca melalui maklumat yang diberikan oleh pihak Google. Anda boleh layari https://transparencyreport.google.com/safe-browsing/search dan isikan pautan laman web anda pada ruangan search.

google safe browsing report

Maklumat yang lebih terperinci akan dipaparkan seperti status terkini, kemaskini terkini serta informasi yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah laman web dipaparkan deceptive site ahead seperti diatas.

Anda boleh gunakan pelbagai aplikasi atau sistem sekuriti untuk mengenal pasti fail-fail yang bermasalah, sebagai contoh jika anda menggunakan platform WordPress, anda boleh gunakan WordFence : WordPress Security Plugin atau pelbagai lagi alternatif lain yang mana saya akan kongsikan pada masa yang akan datang. Selain itu, pastikan akses laman web anda selamat dan tidak diceroboh oleh sesiapa serta ketatkan sekuriti akses laman web anda dengan pelbagai cara termasuklah menukar password kepada yang lebih selamat.

wordfence wordpress

Atau anda boleh mendapatkan servis laman web daripada programmer laman web atau boleh hubungi kami di Hosting Malaya untuk mendapatkan khidmat servis daripada pihak kami.

Setelah anda selesaikan isu berkaitan website anda diatas, anda boleh membuat permohonan semakan semula dari pihak Google melalui Google Search Console pada bahagian Security Issues atau anda boleh mengisi Report Error form pada Google Safe Browsing disini : https://safebrowsing.google.com/safebrowsing/report_error dan pihak Google akan buat semakan terlebih dahulu.

Diharap post ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah sebegini  dimana sudah semestinya menyebabkan kerugian yang besar serta pengalaman penggunaan yang kurang baik kepada pengguna sepanjang isu ini berlaku.

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia : https://hostingmalaya.com/senarai-payment-gateway-ecommerce-malaysia.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dilengkapi DDOS Protection disini : http://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.