Laman WebPromosi

Perubahan Harga Dan Plan Elementor Pro

 

Harga Dan Plan Elementor Pro

Pada malam tadi, pengguna Elementor telah mula menerima email berkenaan perubahan harga dan plan Elementor Pro dimana bermula pada 9 Mac 2021, Elementor akan mengemaskini Expert plan, dan menambah plan langganan Studio dan Agency Pro. Dimaklumkan juga, harga baru ini hanyalah untuk pembelian baru sahaja selepas 9 Mac 2021 dan bagi mereka yang masih mempunyai langganan yang aktif, tiada perubahan yang berlaku.

perubahan harga elementor pro 2021

Untuk Personal Plan & Plus Plan yang sedia ada, tiada perubahan berlaku tetapi nama plan tersebut akan ditukarkan kepada Essential dan Advanced Plan. Bagi Expert Plan pula, langganan tersebut hanya menyokong sehingga 25 laman web sahaja. Plan Studio pula akan menyokong 100 laman web dengan harga langganan sebanyak 499 USD/tahun dan Agency Plan akan menyokong 1000 laman web dengan harga langganan sebanyak 999 USD/tahun.

Selain itu, Studio Plan serta Agency plan yang terbaru ini akan menerima akses VIP support (24/7 chat and team access), konten berkaitan serta boleh membuka profil pada bahagian Expert di Elementor.

subscription elementor pro

Masih ada masa lebih kurang sebulan lagi sebelum langganan pelan diatas ini berubah kepada yang terbaru pada 9 Mac 2021 ini. Sekiranya anda berminat untuk melanggan Expert Plan pada harga 199 USD/tahun, inilah kesempatan yang ada sebelum pelan ini bertukar kepada 999 USD/tahun kelak. Sekiranya anda sering menggunakan Elementor Pro, anda boleh mengambil peluang ini sebelum perubahan harga dan plan elementor pro berlaku pada bulan hadapan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari blog rasmi Elementor disini : https://elementor.com/blog/announcing-new-pro-plans.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dilengkapi DDOS Protection disini : http://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.