MYNIC telah mengemaskini Billing Cycle mereka dan kemaskini terbaru ini akan efektif bermula pada 16 Mac 2023. Perubahan adalah seperti yang berikut.
Renewal Grace Period
Apabila domain .MY telah expired, domain tersebut akan memasuki fasa Renewal Grace Period dimana domain akan suspended dan tidak dapat digunakan melainkan pemilik domain membuat renew domain . Harga renew domain pada fasa ini adalah sama seperti harga domain yang normal.
Fasa Renewal Grace Period ini adalah selama 45 hari sahaja. Sekiranya tiada pembaharuan domain dibuat oleh pemilik domain, domain tersebut akan masuk kepada fasa Redemption Grace Period.
Redemption Grace Period
Pada fasa ini, domain masih boleh diperbaharui tetapi dengan harga 2 kali ganda berbanding harga normal dan fasa ini adalah selama 30 hari sahaja. Sekiranya tiada pembaharuan dilakukan oleh pemilik domain, domain tersebut akan masuk kepada fasa Pending Delete.
Pending Delete
Pada fasa ini pula, domain sudah tidak boleh diperbaharui dan domain akan di delete dalam tempoh 5 hari dan akan tersedia semula kepada umum. Sesiapa sahaja boleh membeli domain tersebut apabila ianya telah direlease kepada umum.
Oleh yang demikian, disarankan pemilik domain untuk peka dengan tarikh pembaharuan domain dan lakukan pembaharuan sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perubahan Billing Cycle MYNIC ini, anda boleh hubungi MYNIC melalui customercare@mynic.my.
Dapatkan Web Hosting Pantas & Dilengkapi DDoS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.
Ketahui senarai semak yang perlu anda tahu sebelum melakukan transfer domain : https://hostingmalaya.com/senarai-semak-transfer-domain.