Game HostingHostingTipsTutorialVPS Hosting

Pembukaan Akaun Affiliate Hosting Malaya

Pembukaan Akaun Affiliate Hosting Malaya

Jika sebelum ini, Hosting Malaya pernah membuat pembukaan akaun affiliate secara terhad, untuk kali ini kami buka kepada semua pengguna yang pernah berurusan dengan Hosting Malaya. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan akaun affiliate, sistem affiliate ialah sistem dimana anda boleh mempromosikan produk kami dan menerima pendapatan daripada jualan yang melalui akaun anda.

Apakah syarat untuk mendapatkan akaun affiliate Hosting Malaya ?

  • Merupakan pengguna yang pernah menggunakan produk dan servis daripada Hosting Malaya.
  • Aktifkan akaun affiliate melalui sistem Hosting Malaya.

Apakah kelebihan apabila menjadi affiliate Hosting Malaya ?

  • Menerima RM2 secara percuma apabila mengaktifkan akaun affiliate Hosting Malaya.
  • 20% daripada pembayaran yang dilakukan menggunakan URL affiliate akan menjadi pendapatan anda.
  • Sistem menjejaki affiliate menggunakan cookies daripada pelawat dimana pembelian selepas lawatan kali pertama masih akan diterima oleh pemilik URL affiliate dalam masa 90 hari.
  • Menerima panduan dan support khas daripada kami di Hosting Malaya.

Bagaimana cara untuk menjadi Affiliate Hosting Malaya ?

    1. Login sistem Hosting Malaya disini : https://billing.hostingmalaya.com/clientarea.php. Anda perlu melanggan mana-mana produk atau servis Hosting Malaya seperti Web Hosting, VPS Hosting dan sebagainya untuk mendapatkan akses sistem.
      login hosting malaya billing
    2. Setelah berjaya login, klik menu Affiliates.
      affiliate sistem hosting malaya
    3. Klik pada Activate Affiliate Account.
      activate affiliate hosting malaya
    4. Selepas akaun affiliate anda berjayar diaktifkan, akan dipaparkan URL affiliate yang anda gunakan untuk tujuan promosi dan juga statistik seperti bilangan klik, pembelian dan juga ‘conversion rate’ yang anda berjaya hasilkan. Anda juga akan menerima RM2 secara percuma apabila akaun diaktifkan dan boleh dikeluarkan setelah mencapai RM100 dan keatas.
      apa itu affiliate marketing

Diharap dengan pembukaan akaun affiliate Hosting Malaya ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna untuk menjana pendapatan sampingan dengan pelbagai teknologi dan strategi marketing terkini dan memberi kebaikan serta kemudahan kepada semua pihak.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan akaun affiliate ini, anda boleh ajukan pada page Facebook kami disini : https://www.facebook.com/hostingmalaya atau ruangan komen dibawah.

Jom baca kepentingan laman web dalam perniagaan disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Dapatkan Web Hosting dilengkapi dengan perlindungan DDoS disini : http://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.