Cara Menyemak Markah SEO Blog
Bagaimanakah cara menyemak markah SEO blog? Sebelum ini saya ada memberikan sedikit pendedahan tentang cara menggunakan SEO pada imej atau gambar, sekiranya anda terlepas artikel tersebut, anda boleh klik pautan ini : hostingmalaya.com/penggunaan-seo-dalam-imej . Memang masih banyak lagi cara untuk mengukuhkan lagi prestasi SEO blog anda, tetapi akan saya perincikan pada artikel lain kelak.
Artikel kali ini saya khususkan tentang cara menyemak markah SEO Blog. Ada pelbagai cara untuk menyemak prestasi blog, dan antara yang paling masyhur ataupun famous adalah dengan menggunakan chkme.com dimana laman web ini boleh memberi informasi tentang apakah kekurangan yang boleh diperbaiki untuk mendapatkan markah SEO yang lebih baik. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu memasukkan link blog anda laman web tersebut, dan blog anda akan dianalisis untuk mendapatkan markah SEO disamping dapat memberi pendedahan tentang apa yang anda boleh perbaiki untuk SEO blog anda.
Markah SEO Hosting Malaya hanya mampu mencapai 97% sahaja. Masih ada yang perlu diperbaiki untuk memperoleh 100%. Cemburu juga melihat blog yang telah mencapai 100% dan juga ranking Alexa yang hebat-hebat. Bagaimana pula dengan blog anda? Kongsikan pencapaian anda diruang komen dibawah.
Sekiranya anda ingin mendapatkan tips, tutorial dan informasi tentang laman web, hosting dan game hosting, anda boleh ikuti artikel kami dengan subscribe button di sidebar sebelah kiri. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat !
UPDATE*
Setelah tak puas hati tak dapat full skor, edit something sikit, dan tadaaaa ! 100%. HAHA !
Mahukan Hosting Malaysia Mudah ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .
Kelebihan Hosting kami :
- Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
- Menggunakan Cpanel. Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
- Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
- Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
- Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.
Rendah jugak markah untuk domain amirul.my . Banyak nak kena perbaiki lagi ni… tp hostingmalaya mmg power dpt markah hampir penuh
boleh tahan saya rasa 🙂
Lagipun blog Amirul.my merupakan salah satu blog top search ranking google untuk keyword hosting malaysia. ALamak kantoila saya stalk. hahaha
Try check juga. 36% untuk markah SEO. Sangat rendah tapi Alhamdulillah. Ada peningkatan sebab sebelum ni tak de langsung.
Boleh perbaiki lagi tu 🙂 tengok apa yang kurang ya. Biasanya kekurangan H tags
H tags tu macam mana ye? boleh tolong ajarkan?
Anda cuba buat satu artikel, kemudian kalau bold kan codingnya kan, cuba gunakan h1 , h2 dan h3
anda akan nampak perbezaan saiz tulisan anda 🙂
H1,H2 dan H3 merupakan Heading tags
nak tnya, bagaimana nak baiki website links? banyak sangat masalah kat situ. huhu
boleh details kan tak ? website links tu image links ke ape? tunjuk dekat saya dan saya boleh terangkan
saudara boleh try periksa blog saya dalam web itu, dia keluar website links, tp saya tak tahu macam mana nak baiki benda tu
img1.blogblog.com/img/icon18_wrench_allbkg.png ini bukan? anda cuma perlu tambah description pada gambar ini. Sekiranya saya betul, itu lambang setting untuk blogspot kan?
Sila baca artikel ini : http://www.contohblog.com/2014/02/cara-menghilangkan-ikon-quick-edit-dan.html
alhamdulillah, dah baiki.. terima kasih di atas tunjuk ajar 🙂
memang selalu guna chkme ni utk cek sama ada onpage seo dah ok ke atau x…
wah selalu guna ni mesti onpage seo power ni 😉
oo baru saya tahu. thanks ya
sama2 semoga bermanfaat!
ehhehe.. slalu x stabil.. pernah dapt 100 pastu jatuh bila tukr tempalte
ya tukar template pasti tukar jugak heading dan sebagainya
bagus info …macam tu rupanya
Alamakk blog tuan power dahhh alexa bawah 1m niii 😀