Laman WebTipsTutorial

Apa Itu Web Vitals

apa itu web vitals

Apa itu Web Vitals ?

Pada awal bulan Mei yang lepas, Google telah memperkenalkan Web Vitals, merupakan salah satu inisiatif daripada Google sebagai panduan kepada pembangun laman web dalam pembangunan laman web. Web Vitals ini bertujuan sebagai panduan untuk menyediakan laman web yang memberi pengalaman penggunaan yang baik.

Dengan kata lainnya, Web Vitals bertujuan untuk memudahkan pemahaman pembangun laman web dan fokus kepada metrik yang paling penting, dipanggil sebagai Core Web Vitals.

Metrik yang menjadi keutamaan pada Core Web Vitals akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa, tetapi untuk tahun 2020 ini, Google menfokuskan 3 aspek utama iaitu :

core web vitals

  • LCP (Largest Contentful Paint) – Mengukur kelajuan loading laman web.
  • FIP (First Input Delay) – Mengukur interaktiviti laman web.
  • CLS (Cumulative Layout Shift) – Mengukur kestabilan visual laman web.

Seperti yang tertera diatas, Google meletakkan aras sebuah laman web yang baik apabila LCP bawah daripada 2.5 saat, FID dibawah pada 100 ms dan CLS dibawah 0.1. Selain daripada design yang menarik, mesra pengguna, dan juga keselamatan sesebuah laman web, ini adalah 3 metrik utama yang perlu diberi perhatian supaya laman web kita mendapat rank yang baik pada carian Google.

Google sendiri telah menyediakan Pagespeed Insights sama ada semakan versi mobile atau desktop disini : https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights. Masukkan sahaja nama domain anda dan klik pada butang Analyze.

result google page insight

Melalui tools PageSpeed Insights ini, akan dipaparkan LCP, FID dan juga CLS yang dihasilkan daripada data skor kelajuan daripada Lighthouse iaitu salah satu tools automatik untuk meningkatkan kualiti laman web.

Bagaimana cara untuk mengoptimasikan ketiga-tiga metrik Core Web Vitals ini ?

Terus ke pautan Google diatas memandangkan mereka ada menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan punca skor yang rendah dan bagaimana cara untuk mengoptimasikan laman web untuk mendapatkan skor yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan apa itu Web Vitals, anda boleh layari https://web.dev/vitals.

Ketahui kepentingan laman web dalam perniagaan disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Berminat untuk mendapatkan laman web untuk perniagaan anda ? Hubungi kami melalui Facebook : Hosting Malaya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.