TipsVPS Hosting

Apa Itu VPN Dan Kegunaannya ?

apa itu vpn dan kegunaannya

Mungkin masyarakat di Malaysia tidak begitu arif dan tidak mengenali apa itu VPN dan kegunaannya. VPN merupakan singkatan kepada perkataan ‘Virtual Private Network’ atau dalam bahasa melayunya ‘Rangkaian Peribadi Maya’. Post pada kali ini akan menjelaskan lagi pemahaman anda mengenai VPN dalam bentuk yang mudah untuk difahami.

Diantara persoalan yang sering diajukan mengenai VPN ialah :

Apa tujuan atau kegunaan VPN sebenarnya ?

Sebenarnya ramai yang mempunyai tanggapan yang salah dimana mereka merasakan penggunaan VPN dapat melajukan internet dan merendahkan ping/latency sewaktu bermain permainan video secara online. Penggunaan VPN pada asalnya ialah sebagai salah satu langkah keselamatan dengan cara mengelakkan privasi terdedah sewaktu melayari internet, terutamanya apabila pengguna mengunakan WIFI percuma atau sebarang rangkaian terbuka di tempat awam.

kelebihan dan kegunaan vpn

Bagaimanakah VPN berfungsi ?

Untuk mudah difahami, data keluar masuk di antara kita penguna, penyedia internet (contoh: Digi, Maxis atau Unifi) dan penyedia laman layar (Facebook, Maybank dan Twitter) akan dilindungi didalam satu terowong penyulitan (encrypted tunnel) dimana data akan dihantar dalam bentuk kod-kod sulit yang tidak mudah untuk diterjemah kembali. Jadi sebarang percubaan untuk mendapatkan data anda amat leceh dan sukar.

vpn murah malaysia

Terdapat juga kemungkinan dengan penggunaan VPN, pelayaran internet akan menjadi semakin lancar sekiranya laluan route ISP yang asal agak sesak atau ‘congested’ kerana dengan penggunaan VPN, laluan route internet akan berubah mengikut route yang VPN gunakan.

Kenapa kebiasaannya kedengaran pengguna di luar negara menggunakan VPN berbanding di Malaysia ?

Tahap kesedaran pengguna di Malaysia berkenaan keburukan data peribadi mereka dieksploitasi oleh pihak pihak tertentu masih di tahap rendah. Berbeza dengan rakyat di negara maju yang telah mengalami krisis godaman sehingga kehilangan berjuta ringgit.

Kenapa perlu untuk melanggan VPN berbayar berbanding VPN yang percuma ?

Pernahkah anda dengar,

jika anda tidak membayar untuk mendapatkan satu-satu produk sebenar anda ialah produk untuk syarikat tersebut ?

VPN yang percuma masih memerlukan kos operasi jadi terdapat kemungkinan pembekal servis VPN tersebut menyimpan data anda sewaktu melayari internet dan menjual kepada pihak ketiga. Ada juga kes dimana servis itu ditamatkan pada bila-bila masa dan dihadkan penggunaannya.

Dimanakah saya boleh mendapatkan VPN yang dipercayai di Malaysia?

nordvpn malaysia

Terdapat banyak jenama terkemuka secara global dan kami di Hosting Malaya merupakan salah satu reseller untuk NordVPN. Terdapat lebih 5500 server di seluruh dunia yang berlokasi di 59 buah negara dengan kelajuan yang tinggi dan data penggunaan tanpa had.

Dengan bayaran sekitar RM41/bulan atau RM23/bulan secara tahunan, anda boleh menggunakan VPN ini di platform Windows, macOS, Linux, Android dan iOS serta menyokong sehingga 6 device pada 1 akaun. Bermaksud anda boleh berkongsi penggunaan ini untuk 6 device. Dengan harga tahunan serendah RM23/bulan, saya boleh katakan tawaran ini sangatlah murah.

Anda boleh membuat langganan NordVPN serta ketahu maklumat lanjut disini : https://billing.hostingmalaya.com/index.php?rp=/store/nordvpn.

Ketahui kelebihan menggunakan Proxy Server disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-menggunakan-proxy-server.

Apa itu WHOIS Protection ? Ketahuinya disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-whois-protection.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.