Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/ab8940/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Perbezaan SSL Percuma Dan Berbayar - Hosting Malaya
HostingLaman WebTips

Perbezaan SSL Percuma Dan Berbayar

Perbezaan SSL Percuma Dan Berbayar

Apakah perbezaan SSL percuma dan berbayar ?

Persoalan ini sering dilontarkan oleh pemilik laman web lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin berkira-kira bajet untuk membina sesebuah laman web. Bolehkah kita gunakan SSL yang percuma sahaja, atau perlu kepada SSL yang berbayar ? Sebelum kita pergi kepada lebih terperinci, fahami dahulu secara asasnya apa itu SSL.

Apakah itu SSL ?

SSL atau Secure Sockets Layer merupakan teknologi yang digunakan untuk memastikan sambungan internet yang selamat dan data-data yang dihantar daripada sistem ke sistem yang lain dilindungi. Ini memberi erti data yang dihantar itu tidak dapat diintip atau diubah oleh penggodam dan sebagainya dan sampai kepada sistem yang menerima data tersebut.

Penggunaan SSL ini penting sebagai web data sekuriti dan juga salah satu inisiatif untuk mendapat prioriti ranking yang baik pada carian Google, memandangkan ianya lebih selamat berbanding laman web yang tidak menggunakan SSL. Ianya dapat diketahui dengan mudah berdasarkan link pada browser yang digunakan dimana saya akan tunjukkan beberapa contoh dibawah.

website https ssl

Website yang dilengkapi dengan SSL, akan terdapat logo kunci pada browser tersebut dan link penuh akan menggunakan awalan https://

http website tanpa ssl

Website tidak dilengkapi dengan SSL, akan terdapat logo amaran dan tertulis not secure pada browser tersebut serta link penuh akan menggunakan awalan http://

Walaupun website tersebut ada menggunakan SSL, seperti yang tertulis diatas, terdapat SSL yang percuma, dan ada juga jenis berbayar.

Terdapat 3 jenis validation dalam SSL iaitu :

  1. Domain Validation (DV) SSL. Pengesahan yang dilakukan hanyalah pada tahap asas sahaja dan sangat sesuai untuk laman web yang tidak melibatkan data personal pengguna.
  2. Organization Validation (OV) SSL. Pengesahan yang dilakukan termasuklah pengesahan maklumat perniagaan dan sangat sesuai untuk laman web yang melibatkan data personal pengguna.
  3. Extended Validation (EV) SSL. Merupakan SSL yang paling premium dimana nama syarikat yang disahkan akan dipaparkan pada majoriti browser laman web sama ada melalui desktop ataupun versi mobile.

jenis-jenis ssl

Kebiasaannya SSL percuma ini akan digunakan pada laman web seperti blog dan juga laman web perniagaan kecil-kecilan kerana ianya hanya melibatkan Domain Validation (DV) SSL sahaja berbanding SSL berbayar yang mempunyai pilihan tambahan seperti Organization Validation (OV) SSL dan juga Extended Validation (EV) SSL.

Selain itu, SSL yang percuma memerlukan certificate untuk diperbaharui bagi setiap 30-90 hari berbanding SSL berbayar yang hanya perlu diperbaharui secara tahunan. Kebiasaannya, bagi penyedia web hosting yang menyediakan SSL secara percuma mereka boleh menetapkan konfigurasi perbaharuan certificate secara automatik ataupun boleh dilakukan secara manual melalui control panel seperti cPanel.

SSL yang berbayar sudah semestinya lebih dipercayai oleh pengguna, dan diberikan sokongan secara premium berbanding SSL percuma dimana sokongan tidak diberikan memandangkan ianya merupakan produk yang percuma. Di samping itu, SSL berbayar juga mempunyai jaminan perlindungan sekiranya berlaku masalah dengan SSL tersebut berbanding dengan SSL yang percuma dimana tiada jaminan diberikan.

Saya akan senaraikan beberapa SSL percuma dan berbayar dibawah untuk rujukan anda.

SSL Percuma : Let’s Encrypt, SSL For Free, dan CloudFlare SSL.

SSL Berbayar : Comodo, GeoTrust, GoGetSSL, dan InstantSSL.

Diharap perbezaan SSL percuma dan berbayar ini dapat membantu dalam membuat pilihan jenis SSL yang sesuai untuk laman web yang ingin dibangunkan dan menjadikan laman web lebih selamat serta dipercayai oleh pengguna.

Tutorial Penggunaan SSL Pada cPanel : https://hostingmalaya.com/tutorial-penggunaan-ssl-pada-cpanel.

Tutorial Meletakkan Iklan Adsense : https://amirazman.my/tutorial-meletakkan-iklan-adsense.

4 Comments

Leave a Comment