DomainLaman WebTips

Kepentingan Memperbaharui Domain

Kepentingan Memperbaharui Domain

Bagi mereka yang kurang arif berkenaan domain dan hosting, berkemungkinan mereka tidak sedar mengenai kepentingan memperbaharui atau renew domain yang mereka miliki memandangkan ianya bukanlah produk fizikal. Domain dan hosting adalah asas keperluan untuk sesebuah laman web untuk berfungsi. Anda boleh ketahui apa itu domain dan hosting disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.

Pemilik domain perlu sentiasa peka dengan tarikh pembaharuan domain / renew domain ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah dikemudian hari seperti :

  1. Domain tamat tempoh dan laman web atau servis yang berkaitan dengan domain tersebut tidak dapat diakses.
  2. Cas pembayaran pembaharuan domain atau renew domain yang tinggi disebabkan oleh kelewatan pembayaran melebihi tempoh tamat (jika boleh dipulihkan semula).
  3. Domain berkemungkinan dijual/dilelong melalui agen jualan domain seperti HugeDomains dengan harga yang sangat tinggi.
  4. Domain tersebut berkemungkinan besar boleh dibeli oleh orang lain jika tidak bertindak awal.

Apabila anda sudah mencipta konten, memperkenalkan sesebuah domain kepada umum, adalah lebih baik untuk anda teruskan membuat pembaharuan domain atau renew domain tersebut memandangkan domain tersebut merupakan ‘aset digital’ yang sebolehnya dikekalkan, melainkan anda sudah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya lagi pada masa akan datang. Pembelian domain yang baru pula memerlukan anda untuk ‘redirect’ pengguna anda untuk berkunjung ke domain anda yang baru serta penyediaan konten juga perlu bermula daripada awal semula.

Oleh yang demikian, pastikan anda sentiasa peka dan tidak ambil sambil lewa berkenaan pembaharuan domain dan hosting yang kebiasaannya dilakukan pada setiap tahun untuk mengelakkan daripada pengguna dan perniagaan anda terjejas. Terdapat beberapa situasi keadaan yang ingin kami kongsikan kepada anda :

Domain tamat tempoh menggunakan penyedia domain Freenom.

freenom domain expired

Terdapat salah seorang klien kami yang terlupa untuk membuat pembaharuan domain / renew domain dan apabila disedari domain tersebut sudah tidak dapat diakses, rupa-rupanya domain tersebut telah lebih sebulan lewat daripada tarih tamat tempoh domain. Pilihan yang diberikan terdapat dua sahaja :

  1. Restore domain dengan bayaran sebanyak EUR 50 (lebih kurang RM240) untuk mendapatkan domain tersebut segera atau,
  2. Perlu tunggu 90 hari selepas tarikh tamat tempoh domain dan cuba untuk mendaftar domain itu semula sebelum didaftarkan oleh orang lain.

Domain tamat tempoh menggunaan penyedia domain Namesilo.

domain namesilo expired

Terdapat juga seorang klien kami yang sudah tidak aktif menggunakan domain yang dibeli dan secara tiba-tiba menghubungi kami untuk menggunaannya semula dengan segera. Untuk proses restoration domain .com pada penyedia domain Namesilo ini, cas sebanyak 75 USD dikenakan (lebih kurang RM330) dan domain dapat digunakan semula dalam masa kurang daripada 1 jam.

Domain Dijual/Dilelong Melalui Agen Jualan Domain.

domain provider hugedomains

Pada 11 tahun lepas, saya pernah membeli domain pertama sewaktu masih lagi belajar, dan tidak perbaharui atau renew domain tersebut disebabkan oleh tiada kesempatan untuk mengemaskini secara berkala walaupun domain tersebut sudah memperoleh Google Page Rank. Sehingga ke hari ini, domain tersebut masih lagi dipegang oleh HugeDomains.

Diharap situasi-situasi diatas dapat memberi gambaran tentang kepentingan untuk memperbaharui domain lebih-lebih lagi jika domain tersebut merupakan aset digital anda yang penting dan berguna.

Ketahui kelebihan menggunakan domain .MY : https://hostingmalaya.com/kelebihan-menggunakan-domain-my.

Kenapa harga web sistem mahal ? Klik disini : https://amirazman.my/kenapa-harga-web-sistem-mahal.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.