Pada kali ini saya akan terangkan berkenaan tutorial penggunaan SSL pada cPanel iaitu control panel yang sering digunakan untuk mengurus laman web dengan mudah dan pantas. SSL dilihat semakin penting dan kebanyakan browser seperti Google Chrome akan memaparkan ‘not secure’ sekiranya anda melayari laman web yang tidak mempunyai SSL.
Apakah itu SSL ?
SSL atau Secure Sockets Layer merupakan teknologi yang digunakan untuk memastikan sambungan internet yang selamat dan data-data yang dihantar daripada sistem ke sistem yang lain dilindungi. Ini memberi erti data yang dihantar itu tidak dapat diintip atau diubah oleh penggodam dan sebagainya dan sampai kepada sistem yang menerima data tersebut.
Memandangkan SSL ini sudah menjadi satu keperluan untuk sesebuah website dan terdapat juga yang menyediakan SSL secara percuma seperti yang kita sediakan di Hosting Malaya, anda boleh memilih untuk install atau uninstall SSL pada domain atau subdomain tertentu sekiranya ianya mengganggu keperluan atau fungsi untuk sistem anda berjalan.
Anda boleh lihat contoh laman web yang menggunakan SSL seperti dibawah.
Terdapat penyedia hosting sebagai contohnya Hosting Malaya akan mengaktifkan SSL ini secara automatik apabila akaun didaftarkan. Terdapat juga hosting yang memerlukan bayaran untuk pengaktifan SSL dan juga SSL premium seperti SSL Comodo seperti yang ditawarkan disini : https://www.ssls.com.
Sebagai pereka sistem laman web, terdapat laman web yang memerlukan SSL dan terdapat juga laman web yang masih tidak support penggunaan SSL disebabkan oleh limitation sistem dan sebagainya yang memerlukan kemaskini terbaru. Untuk install atau uninstall SSL ini anda boleh lihat pada tab Security dalam cPanel dan klik pada SSL/TLS.
Kemudian klik pada Install and Manage SSL for your site (HTTPS).
Kemudian pilih domain atau subdomain yang anda ingin install atau uninstall danĀ klik pada ruangan tersebut. Anda juga boleh update certificate, view certificate details dan use certificate for new site pada ruangan actions tersebut.
Sekiranya anda uninstall SSL, jadi paparan yang akan keluar pada browser ialah ‘not secure’ pada bahagian browser link seperti dibawah.
SSL merupakan satu kepentingan untuk sesebuah laman web dan kelebihan apabila menggunakan SSL akan mempunyai potensi untuk rank lebih tinggi pada carian Google berbanding laman web-laman web yang tidak menggunakan SSL. Diharap tutorial penggunaan SSL pada cPanel ini dapat membantu anda untuk menggunakan SSL pada laman web anda dengan baik dan tanpa masalah.
Adakah anda menggunakan SSL untuk laman web anda ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.
Apa itu Cloudflare untuk laman web ? Klik disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-cloudflare-untuk-laman-web.