HostingTips

Tips Pemilihan Spesifikasi Hosting

Tips Pemilihan Spesifikasi Hosting

Pada post kali ini saya ingin kongsikan tips pemilihan spesifikasi hosting yang sangat penting untuk anda ambil kira sebelum membuat pembelian hosting tersebut. Saya akan fokuskan pada spesifikasi hosting sahaja pada kali ini, jika anda ingin ketahui daripada pemilihan syarikat penyedia hosting, anda boleh baca pada post saya sebelum ini disini: Tips Memilih Web Hosting.

Pastikan anda tahu spesifikasi yang diperlukan oleh sistem anda. Anda harus tahu spesifikasi minimum atau yang direkomendasikan untuk mengelakkan daripada sistem yang anda ingin bangunkan atau jalankan tidak berakhir dengan masalah. Pastikan anda tahu apakah keperluan spesifikasi seperti :

  1. Sistem Operasi. Sebagai contoh Windows Server, Ubuntu, Fedora, Linux, Centos dan sebagainya.
  2. Processor yang diperlukan. Pastikan hosting anda mampu mengendalikan sistem anda dengan processor yang ditawarkan.
  3. Disk. Pastikan disk storage dan kelajuan disk mencukupi untuk menampung penggunaan sistem anda.
  4. RAM. Lebih kurang sama dengan processor, pastikan RAM yang sistem anda gunakan mencukupi untuk menampung process yang berjalan.
  5. Server Location. Pastikan lokasi server terhampir dengan pengguna majoriti sistem anda supaya mereka tidak merasa ‘delay’ apabila menggunakannya.
  6. Bandwith. Pastikan bandwith serta kelajuan bandwith yang anda perlukan mencukupi. Terdapat hosting di Malaysia yang menyediakan kelajuan serendah bandwith 10Mbps sahaja. Digalakkan memilih 100Mbps dan keatas.
  7. IP Address. Pastikan IP Address yang anda perlukan mencukupi. Jika anda memerlukan lebih IP Address, sila request awal dengan pihak hosting untuk mengelakkan masalah selepas pembelian pakej hosting.
  8. Servis tambahan. Sekiranya anda memerlukan servis tambahan sebagai contoh control panel, ddos protection, sistem auto backup atau virus scan untuk hosting anda, anda boleh melanggan servis tersebut.

Spesifikasi hosting perlulah sesuai dan mampu menjalankan sistem anda dengan sebaiknya untuk mengelakkan masalah seperti sistem gagal berfungsi, spesifikasi yang tidak mencukupi dan sebagainya. Selain itu, spesifikasi yang rendah juga membuka ruang kepada penggodam untuk melakukan serangan DDoS kepada sistem anda.

ddos attack notification hosting

Dengan kata lain, apabila anda menggunakan spesifikasi bandwith dengan kelajuan yang rendah, penggodam boleh menyerang sistem anda dengan memenuhi penggunaan spesifikasi hosting seperti RAM, processor dan sebagainya dan akan membuatkan hosting anda ‘hang’ dan sistem anda terganggu.

Misalnya jika hosting anda menggunakan kelajuan bandwith setinggi 10Mbps sahaja, terlalu mudah untuk penggodam melakukan serangan DDoS kepada sistem anda. Digalakkan untuk mendapatkan servis anti ddos protection sekiranya sistem anda merupakan sistem yang sering diserang oleh penggodam sebagai contoh Game Hosting. Untuk maklumat lanjut berkenaan Apa Itu DDoS Attack, anda boleh layari pautan ini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-ddos-attack.

Jom baca pengalaman saya menggunakan domain provider Freenom disini : https://amirazman.my/pengalaman-menggunakan-freenom.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!