HostingTutorial

Masalah Upload_max_filesize Pada WordPress

Masalah Upload_max_filesize Pada WordPress

Masalah Upload_max_filesize Pada WordPress ini sering berlaku kepada akaun cPanel yang masih belum konfigurasikan php.ini yang ingin memuatnaik fail theme atau sebagainya yang lebih daripada 2MB. Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi memandangkan masalah ini mudah diselesaikan menggunakan cPanel, jadi tutorial kali ini akan saya fokuskan melalui penggunaan cPanel.

cPanel mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi yang membantu dalam pembinaan dan memanfaatkan semaksimum mungkin penggunaan web hosting. Secara umumnya, terdapat pelbagai cara untuk mengubah upload_max_filesize ini sebagai contoh menggunakan .htaccess atau wp-config.php, namun untuk kali ini saya tunjukkan cara mudah menggunakan php.ini dalam cPanel.

  1. Pastikan anda login dahulu akaun cPanel anda. Sekiranya anda menggunakan Hosting Malaya, anda boleh login di https://server.hostingmalaya.nl:2083 atau anda boleh gunakan namadomainanda.com/cpanel  dan anda akan dibawa ke page login cPanel. Kemudian login akaun cPanel anda.
  2. Kemudian, klik pada MultiPHP INI Editor.
    multiphp ini editor cpanel
  3. Pilih domain atau subdomain yang anda ingin configure. dan tukar value upload_max_filesize dan post_max_size kepada yang anda inginkan. Sekiranya 64M sudah memadai, tukar kepada 64M sudah cukup.
    upload_max_size cPanel php
  4. Klik butang Apply dan anda boleh cuba upload semula theme atau fail yang anda ingin upload itu tadi.

Diharap tutorial penyelesaian masalah Upload_max_filesize pada wordpress kali ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mereka yang baru berjinak-jinak menggunakan cPanel web hosting.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, anda boleh suarakan pertanyaan anda diruangan komen dan akan saya balas seawal mungkin.

Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan .

Berminat untuk mendapatkan web hosting dengan harga yang berpatutan ? Lihat disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Berminat untuk mendapatkan web atau sistem untuk perniagaan anda ? Whatsapp/Call 0177860670 untuk penerangan dan maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.