DomainGame HostingHostingVPS Hosting

Perubahan Harga Dan Plan WHMCS

Perubahan Harga Dan Plan WHMCS

Pada malam tadi, pengguna WHMCS telah mula menerima email berkenaan perubahan harga dan plan WHMCS Billing System yang akan bermula dan efektif pada 1 Julai 2021. Paparan diatas menunjukkan harga serta plan terbaru WHMCS Billing System dimana terdapat 3 tier sahaja iaitu Plus, Professional dan Business.harga dan plan terbaru whmcs 2021

Menurut email yang mereka berikan, terdapat beberapa perubahan yang berlaku bermula pada 1 July iaitu :

  1. Starter license tidak lagi ditawarkan untuk langganan. Sekiranya anda sedang menggunakan Starter license, anda akan dinaiktaraf secara automatik kepada Plus License bermula pada 1 July 2021. Apabila sudah dinaiktaraf kepada plan Plus, tiada lagi paparan ‘Powered by WHMCS’ pada WHMCS anda.
  2. Plus license akan kekal seperti sedia ada dengan limit klien sebanyak 250 dan kos langganan bulanan sebanyak $18.95 USD.
  3. Professional tier pula kini mempunyai limit klien sebanyak 500 dan kos langganan bulanan sebanyak $29.95 USD.
  4. Business tier yang pertama akan mempunyai limit klien sebanyak 1000 dan kos langganan $44.95 USD. Untuk mereka yang mempunyai lebih daripada 501 klien pada waktu ini, anda akan dinaiktaraf kepada Business tier yang sesuai pada 1 Julai 2021.

Kesemua Business tier license akan menerima Business License Support yang merangkumi Live Chat Technical Support serta akses kepada Priority Support. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari 2021 WHMCS Customer License Guide disini : https://assets.whmcs.com/customer-licensing-guide-2021.pdf.

whmcs owned license

Selain itu, bermula pada 6 April 2021, support serta updates ‘Owned’ license yang telah ditamatkan pada 2016 yang lepas juga telah dihentikan. Pemilik ‘Owned’ license masih boleh meneruskan penggunaan seperti biasa namun tidak akan menerima kemaskini serta support seperti dahulu.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi khidmat pelanggan WHMCS melalui support ticket disini : https://www.whmcs.com/submit-a-ticket.

Ingin menggunakan WHMCS untuk billing system anda ? Dapatkannya disini : https://www.whmcs.com/members/aff.php?aff=27670.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.