DomainLaman WebTips

Keperluan Membeli Multiple Domain

Keperluan Membeli Multiple Domain

Selepas saya membuat post berkaitan domain .MY, ada yang bertanya kepada saya berkenaan keperluan membeli multiple domain seperti domain .MY , .COM.MY, .COM dan sebagainya untuk sesebuah jenama atau brand. Adakah perlu atau tidak sebenarnya untuk memiliki pelbagai domain ?

Pada pandangan saya, terdapat beberapa kelebihan yang membolehkan kita membeli multiple domain untuk sesebuah jenama atau brand diantaranya :

  • Menjaga identiti sesebuah jenama atau brand daripada digunakan oleh pesaing. Pesaing semestinya gemar untuk mengambil peluang menggunakan jenama atau brand yang gah untuk mendapatkan kepercayaan dengan mudah memandangkan servis atau produk itu sudah dikenali.
  • Domain Country Code Top-Level Domain (ccLTD) seperti .MY dan .COM.MY yang khas untuk Malaysia mempunyai kebarangkalian untuk dibeli untuk mengelakkan daripada pesaing menggunakan domain tersebut dan enjin carian sangat menyukai domain yang tepat dengan sasaran geografik pengguna.
  • Mengelakkan daripada terjadinya pelawat laman web yang tersalah taip nama domain dan pergi ke laman web pesaing. Sebagai contoh, domain anda .com.my, tetapi pesaing menggunakan .com sahaja.
  • Memerlukan konten laman web yang berbeza mengikut sasaran dan domain. Contohnya .COM akan dipaparkan konten yang menggunakan informasi antarabangsa manakala konten .COM.MY pula dipaparkan konten yang menggunakan informasi dalam bahasa melayu.
  • Bertujuan untuk menjualnya pada masa akan datang (pembaziran jika tiada pembeli).

jual beli domain

Walaupun begitu, tidak perlu untuk membeli multiple domain sekiranya :

  • Anda tidak mampu menanggung kos pembelian dan pembaharuan domain pada masa akan datang.
  • Tidak perlu membeli domain premium dengan harga tinggi melampau daripada bidaan penyedia domain sekiranya tiada keperluan kritikal melainkan anda mampu menanggung kos tersebut (pembaziran).
  • Tiada perancangan untuk menggunakan domain tersebut.
  • Perancangan penggunaan domain yang berkemungkinan besar tidak akan dilaksanakan.

Bullet point yang diberi diatas hanyalah berdasarkan pendapat umum saya terhadap pembelian multiple domain terhadap sesebuah jenama atau brand. Sama ada sesuai atau tidak untuk anda dapatkan, bergantung pada kepentingan dan keperluan domain tersebut kepada anda. Bagaimana pula dengan pendapat anda ? Kongsikan di ruangan komen dibawah.

Jom baca ‘Kelebihan Domain .MY’ disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-menggunakan-domain-my.

Masalah LOS Menyala pada Modem Unifi ? Klik disini : https://amirazman.my/masalah-los-menyala-pada-modem-unifi.

Leave a Comment