DomainLaman WebTips

Kelebihan Menggunakan Domain .MY

Kelebihan Menggunakan Domain .MYBaik, seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan kelebihan menggunakan domain .MY berbanding domain global seperti .COM, .NET, .ORG dan sebagainya. Domain .MY merupakan salah satu Top Level Domain (TLD) khas untuk negara Malaysia dan proses pendaftarannya agak ketat berbanding dengan domain global.

Kebiasaannya pendaftaran domain .MY memerlukan maklumat kewarganegaraan seperti nombor kad pengenalan untuk pendaftaran jenis personal dan juga nombor pendaftaran SSM untuk pendaftaran jenis perniagaan. Reliabiliti untuk domain .MY boleh dikatakan lebih tinggi jika ingin dibandingkan dengan domain global yang boleh didaftarkan dengan maklumat rekaan atau palsu.

mynic kerajaan malaysia

Diantara kelebihan menggunakan domain .MY ialah :

  1. Reliabiliti. Proses pendaftaran domain .MY yang sedikit rumit ini membuktikan domain ini tidak boleh dibeli dengan mudah dan berkemungkinan besar dijalankan oleh syarikat yang serius dalam perniagaan yang berindentitikan negara Malaysia.
  2. Search Engine Optimization (SEO). Nama domain serta target audience adalah amat penting dalam menentukan ranking dalam enjin carian Google lebih-lebih lagi apabila audience menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan nama domain dan juga lokasi pengguna enjin carian Google.
  3. Domain yang ringkas dan mudah didapati. Memandangkan domain .MY ini hanya boleh didaftarkan dengan syarat-syarat seperti dinyatakan diatas, berkemungkinan besar domain .MY yang anda mahukan masih boleh didapatkan. Malah domain .MY menggunakan 2 huruf sahaja dan mudah untuk diingati.

pemilihan nama domain .MY

Terdapat juga beberapa kekurangan domain .MY ini seperti ketiadaan DNS Management System yang memerlukan pengguna untuk menggunakan DNS Management System daripada sistem luar seperti Cloudflare dan juga ketiadaan ID/WHOIS Protection yang boleh membawa kepada masalah email/panggilan SPAM dan sebagainya. Selain itu, domain .MY juga boleh dikatakan memerlukan kos yang tinggi untuk pendaftaran dan pembaharuan servis tersebut jika ingin dibandingkan dengan domain global.

Secara keseluruhannya, domain .MY ini memberikan kelebihan kepada anda sekiranya anda ingin meletakkan negara Malaysia sebagai sasaran kepada perniagaan atau jenama yang ingin anda bina walaupun kos yang perlu ditampung hampir lebih sekali ganda berbanding domain global.

Terlepas dengan post ‘Cara Mendaftar Domain .MY Yang Expired’ ? Klik disini : https://hostingmalaya.com/cara-mendaftar-domain-mynic-taken-yang-expired.

Jom baca ‘Pengalaman Di Ban Oleh Whatsapp’ disini : https://amirazman.my/pengalaman-di-ban-oleh-whatsapp.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.