Laman WebTips

Kemaskini Sekuriti Elegant Themes

kemaskini sekuriti Elegant Themes

Pada 4 Ogos yang lepas, Elegant Themes telah melakukan kemaskini sekuriti untuk Divi, Extra dan Divi Builder untuk memperbaiki masalah kerentanan sekuriti. Kemaskini theme atau plugin ini kepada yang terkini akan menyelesaikan masalah ini dan memastikan laman web anda dalam keadaan yang selamat.

Masalah ini berlaku disebabkan oleh kekurangan pemeriksaan fail pada sistem Divi Portability yang memungkinkan fail dimuat naik dengan sewenang-wenangnya. Ini merupakan masalah sekuriti yang kritikal yang boleh menyebabkan pengguna yang mempunyai akses kepada Divi Builder ini untuk memuat naik fail yang tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan exploit berlaku.

Masalah kerentanan ini telahpun ditemui oleh WordFence dalam audit dalaman dan dinyatakan secara bertanggungjawab kepada pihak Elegant Themes untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ianya digunakan sebagai exploit secara meluas.

Kesemua laman web yang menggunakan Divi versi 3.0 dan keatas, Extra versi 2.0 dan keatas serta Divi Builder versi 2.0 dan ke atas terkesan dan perlu mengemaskini theme dan plugin mereka kepada versi terkini. Produk versi 4.5.3 telah merangkumi patch sekuriti tersebut.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah, pihak Elegant Themes meminta pengguna mereka untuk mengemaskini theme dan plugin mereka kepada versi terkini melalui dashboard WordPress, atau memuat turun versi terkini melalui members area dan melakukan kemaskini secara manual.

Walaupun akses Elegant Themes anda sudah tamat, anda masih boleh melakukan kemaskini ini secara percuma menggunakan dashboard WordPress memandangkan akaun yang telah tamat tidak akan dihadkan daripada membuat kemaskini.

Elegant Themes menyatakan sekuriti merupakan sangat penting bagi mereka dan mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan masalah seperti ini.

Sekiranya anda menggunakan theme dan plugin Elegant Themes seperti yang disebutkan diatas, kami daripada pihak Hosting Malaya menyarankan anda untuk mengemaskini theme serta plugin tersebut kepada versi terkini untuk mendapatkan kemaskini sekuriti memandangkan ianya penting untuk keselamatan laman web anda.

Tutorial Fix Author Page Error 404 : https://hostingmalaya.com/tutorial-fix-wordpress-author-page-error-404.

Web Hosting & Game Hosting Solution : https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.