DomainLaman Web

MYNIC Memperkenalkan Domain .BIZ.MY

MYNIC Memperkenalkan Domain .BIZ.MY

Bermula pada 17 Ogos 2020, MYNIC telah memperkenalkan domain .biz.my yang mensasarkan kepada pemilik perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebagai sektor PKS (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia). Penawaran diberikan kepada pemilik domain .MY buat masa ini sebelum ditawarkan sepenuhnya secara umum dan terbuka.

Sehubungan dengan itu, MYNIC menggalakkan pengguna domain .MY melakukan pra-pendaftaran bagi memadankan nama domain tersebut dengan domain sedia ada untuk mengelakkan daripada domain tersebut diambil oleh orang lain. Pra-pendaftaran ini dibuka dari 17 Ogos 2020 sehinggalah 28 Ogos 2020 kelak.

Masih terdapat beberapa hari lagi sebelum domain .biz.my ini ditawarkan secara terbuka kepada umum dan pra-pendaftaran adalah berdasarkan siapa-cepat-dia-dapat, jadi bertindak dengan segera untuk mendapatkan nama domain yang sepadan dengan jenama serta perniagaan anda.

Cara untuk melakukan pra-pendaftaran :

  1. Layari ICHOOSE SELFCARE disini : https://selfcare.ichoose.my dan akses akaun MYNIC anda.
    login ichoose selfcare
    Reset password anda jika perlu memandangkan MYNIC akan meminta anda untuk reset password anda bagi setiap 6 bulan.
  2. Klik BIZ.MY Pre-Registration dan lakukan pemilihan serta pembayaran yang diperlukan.
    biz.my registration

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran domain .BIZ.MY dari MYNIC ini, anda boleh layari : https://mynic.my/biz.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Mahukan laman web untuk perniagaan anda ? Hubungi kami melalui Facebook Page : Hosting Malaya –  Web Hosting & Game Hosting Solution.

Dapatkan Web Hosting dilengkapi dengan DDoS Protection disini : http://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.