Laman WebTutorial

Tutorial Fix WordPress Author Page Error 404

Tutorial Fix WordPress Author Page Error 404

Post pada kali ini, saya akan tunjukkan tutorial mudah fix WordPress Author Page yang mengalami Error 404 Not Found. Masalah ini berlaku disebabkan oleh database WordPress anda menyimpan data user_nicename yang tidak sesuai untuk dipaparkan pada browser. Sebagai contoh, proses encoding URL akan mengubah ‘space’ menjadi ‘%20’ pada URL yang digunakan.

Contoh URL : https://domain.com/author/Amir%20Azman.

Cara untuk menyelesaikan isu ini, mudah sahaja, anda perlu mengakses database WordPress anda dan edit field ‘user_nicename’ pada akaun author yang anda ingin perbetulkan pada table ‘wp_users’. Kebiasaannya terjadi disebabkan oleh ‘space’ pada ‘user_nicename’ atau pelbagai simbol lain yang boleh berubah pada encoding URL, mengakibatkan URL tersebut tidak dapat diakses dengan tepat.

fix author page wordpress 404

Setelah membuat perubahan seperti diatas, anda boleh cuba untuk mengakses link WordPress Author Page anda untuk melihat adakah isu ini masih terjadi atau sudah berjaya diselesaikan. Pastikan anda clear/delete cache terlebih dahulu atau anda boleh menggunakan Incognito Mode untuk membuat semakan semula.

Atau anda boleh lihat video yang disediakan dibawah :

Diharap tutorial ringkas fix WordPress Author Page yang mengalami Error 404 Not Found ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini memandangkan masalah sebegini juga akan dipaparkan pada Google Search Console sekiranya berlaku.

coverage issues google search console

Kepentingan Google Search Console : https://hostingmalaya.com/kepentingan-google-search-console.

Upload File di Web Control Panel ? : https://amirazman.my/upload-file-di-web-control-panel.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.