Game HostingHostingLaman WebTips

Kelebihan Menggunakan Proxy Server

Kelebihan Menggunakan Proxy Server

Pada kali ini, saya akan menerangkan secara umum berkenaan kegunaan serta kelebihan menggunakan proxy server dalam servis internet yang anda gunakan seperti Web Server atau Game Server. Proxy Server merupakan server yang akan menerima incoming request daripada client dan akan forward request tersebut kepada server yang lain. Fungsi utama menggunakan proxy server adalah sebagai sekuriti dalaman kepada servis yang dijalankan pada server utama.

Antara kelebihan apabila menggunakan proxy server antaranya :

  • Meningkatkan sekuriti dalaman memandangkan client tidak ketahui akses kepada server utama.
  • Boleh filter incoming request yang tidak perlu dan menerima request yang diperlukan sahaja.
  • Boleh meningkatkan kelajuan mengakses server sekiranya ISP asal mempunyai masalah routing kepada server asal.

Memandangkan terdapat pelbagai cara untuk membuatkan server down seperti yang paling sering berlaku ialah secara DDoS attack, maka proxy server adalah antara langkah terbaik untuk memastikan server sentiasa boleh diakses oleh pengguna atau client melalui proxy server-proxy server yang disediakan.

apa itu proxy server

Sebagai contoh, didalam Game Server, proxy server digunakan sebagai salah satu cara untuk filter connection yang tertentu sahaja untuk diterima pada server utama dan pengguna atau client tidak dapat mengesan dimanakah request mereka dihantar memandangkan proxy server yang akan bertindak menghantar request tersebut kepada server utama. Sekiranya proxy server down, server utama masih lagi boleh berfungsi seperti biasa.

Kadangkala terdapat beberapa ISP yang mempunyai masalah connection yang mengakibatkan packet loss atau latency/ping yang tinggi daripada sepatutnya disebabkan oleh masalah routing dan masalah ini dapat diselesaikan sekiranya proxy server yang digunakan sesuai dengan connection ISP tersebut.

Walaupun begitu, kos yang perlu ditanggung akan semakin bertambah memandangkan anda memerlukan server khas untuk menjadi proxy server kepada server utama. Kos ini bergantung kepada hosting provider atau VPS provider mengikut spesifikasi dan juga lokasi server.

Hosting Malaya juga ada menyediakan servis untuk setup Proxy Server. Anda boleh dapatkan servis tersebut disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=4.

Berminat untuk mendapatkan Web Hosting atau Game Hosting ? Klik disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Berminat untuk mendapatkan web designer untuk laman web atau sistem anda ? Whatsapp kami di 0177860670 untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.