Coupon CodePromosi

Billplz Memberikan Kredit Percuma Sempena 2020

Billplz Memberikan Kredit Percuma Sempena 2020

Sempena tahun 2020, Billplz memberikan kredit percuma kepada pengguna mereka dengan tempoh masa yang terhad. Untuk mana-mana pengguna Billplz boleh mendapatkan kredit percuma ini dengan menggunakan Promo Code ‘wawasan2020‘ dan RM10 kredit akan dimasukkan ke dalam baki kredit akaun billplz anda.

Saya ada cuba untuk login sistem billplz baru-baru ini dan kelihatan mereka ada menambah satu sistem tambahan iaitu PlzLogin yang digunakan untuk mengetahui maklumat personal atau perniagaan sebagai proses verifikasi akaun tersebut. Menurut mereka, ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah penipuan melalui internet dengan menggunakan sistem Billplz dan secara logiknya, kes penipuan akan berkurangan apabila identiti sebenar telah diberikan untuk urusan tersebut.

Bagi pengguna Billplz yang tidak mengakses akaun Billplz mereka dalam jangka masa yang lama, anda boleh merujuk tutorial khas yang diberikan oleh pihak Billplz disini : https://plzlogin.helpscoutdocs.com/article/23-sign-in-billplz-with-plzlogin?fbclid=IwAR0m_wn8owDdsD3ujSxvvF-Ebmw3mAKa4d-21SHNQl-WJbVwO7CT8w882aE.

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk menggunakan Billplz sebagai sistem pembayaran Ecommerce anda, anda boleh daftar akaun Billplz disini : https://www.billplz.com/join/hostingmalaya. Anda juga boleh hubungi pihak Hosting Malaya sekiranya anda memerlukan pereka laman web atau sistem laman web dengan harga yang berpatutan dan servis tambahan yang menarik.

Terima kasih Billplz memberikan kredit percuma !

Jom baca Tutorial Menggunakan Git Version Control cPanel disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-menggunakan-git-version-control-cpanel.

Ingin Ketahui Kepentingan Google Search Console Untuk Laman Web ? Klik Disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-google-search-console.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.