HostingTipsTutorial

Tutorial Menggunakan Git Version Control cPanel

Tutorial Menggunakan Git Version Control cPanel

Git merupakan salah satu sistem penting bagi developer laman web/sistem, jadi kali ini saya akan berikan tutorial menggunakan Git Version Control pada cPanel secara ringkas. Git merupakan sistem version control yang digunakan untuk ‘track’ perubahan code development software, laman web atau sebagainya.

Git telah digunakan secara meluas dan sering digunakan oleh programmer untuk memudahkan penyelarasan sesama programmer dimana pengguna boleh mengutarakan isu dan masalah serta cara untuk mengatasinya atau dengan kata lain secara ‘opensource’. Git juga boleh digunakan secara private dan saya sangat menyarankan penggunaan git secara private dan dihadkan aksesnya kepada programmer-programmer sistem atau laman web tersebut sahaja.

Baiklah, untuk menggunakan Git Version control pada cPanel, anda perlu login pada akaun cPanel anda dan pada menu Files, klik pada Git™ Version Control.

git version control cpanel

Kemudian, klik Create untuk membuat satu repository git yang baru.

create repositories git

Disini saya tunjukkan bagaimana saya clone daripada git opensource sebagai contohnya seperti pada paparan dibawah. Anda boleh mendapatkan Clone URL daripada mana-mana git dan klik pada ‘Clone or Download’ untuk mendapatkan Clone URL tersebut.

clone git url cpanel

Kemudian isi maklumat untuk Git Clone dan klik pada butang Create. Saya gunakan folder public_html untuk terus test secara live sama ada website itu berjaya saya clone ataupun tidak.

create repo git cpanel

Dan inilah hasilnya selepas saya berjaya create repository menggunakan Git Version Control.

cara guna git pada cpanel

Apa kelebihan menggunakan Git Version Control ini ?

  • Anda boleh melihat setiap kemaskini yang dilakukan oleh pemilik git tersebut dari semasa ke semasa.
  • Anda boleh ‘download’ kemaskini terbaru mereka dengan mudah dan pantas terus kepada repository anda. Jadi jika ada update untuk penyelesaian masalah, boleh terus pull untuk update repository anda.
  • Anda boleh checkout kepada mana-mana branch yang ada pada repository tersebut.
  • Anda boleh berikan Clone URL repository anda kepada orang lain dan mereka akan dapat clone repository anda.

basic info git

pull or deploy git cpanel

Bermula pada awal tahun 2019, Github telah memberikan akses repository private tanpa had secara percuma kepada pengguna yang menggunakan storage dibawah 500 MB. Untuk tutorial yang lebih terperinci berkenaan Git terutamanya Github, anda boleh layari https://product.hubspot.com/blog/git-and-github-tutorial-for-beginners.

Diharap tutorial menggunakan git version control ini dapat membantu pengguna khasnya developer laman web atau sistem untuk memaksimumkan penggunaan yang telah ditawarkan oleh cPanel. Pernahkah anda menggunakan fungsi cPanel ini sebelum ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Ketahui Kepentingan Google Search Console disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-google-search-console.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.