DomainHostingLaman WebTutorial

Apa Itu Cloudflare Untuk Laman Web

apa itu cloudflare untuk laman web

Memandangkan Cloudflare baru-baru ini mengalami masalah, terpanggil saya untuk memberikan sedikit pengenalan khususnya berkenaan apa itu Cloudflare untuk laman web. Cloudflare merupakan servis Content Delivery Network atau dipanggil sebagai CDN yang mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik termasuklah dengan ciri-ciri keselamatan seperti pertahanan daripada serangan DDoS dan membolehkan laman web dapat dibuka dengan lebih pantas.

Cloudflare merupakan servis sama ada percuma dan berbayar. Tetapi sebagai penggunaan Cloudflare untuk laman web yang normal atau biasa-biasa, penggunaan servis versi FREE sudah memadai. Disebabkan itulah ramai pereka laman web menggunakan cloudflare sebagai pengantara antara domain dan hosting mereka disebabkan oleh fungsi yang ditawarkan oleh mereka boleh saya katakan sempurna buat masa ini.

fungsi cloudflare

Ada pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh Cloudflare untuk laman web dan diantara fungsi yang sangat penting untuk penggunaan laman web saya akan senaraikan dibawah :

  1. Boleh memaparkan analisis penggunaan laman web seperti maklumat pelawat, penggunaan data serta ancaman yang berlaku pada laman web tersebut.
  2. Servis DNS seperti rekod (A , AAAA, CNAME, MX, TXT ) yang mana digunakan untuk sambungan domain atau subdomain kepada server-server tertentu.
  3. Servis Crypto iaitu SSL percuma yang diberikan oleh Cloudflare kepada pengguna mereka.
  4. Servis Firewall yang boleh membenarkan atau mengehadkan IP pengguna yang melayari laman web anda. Salah satu fungsi menarik untuk sekuriti laman web anda.
  5. Speed membolehkan anda untuk mengoptimasikan kelajuan laman web anda menggunakan pelbagai fungsi. Walaupun begitu, sebagian besar fungsi hanya boleh digunakan apabila anda upgrade kepada versi Pro atau business.
  6. Servis Cache yang membolehkan akses kepada laman web dengan lebih cepat dan load laman web yang ringan.

kelebihan dan kekurangan cloudflare

Walaupun begitu, terdapat juga kelebihan dan kekurangan menggunakan Cloudflare yang boleh menjejaskan laman web anda. Diantara kelebihan menggunakan Cloudflare adalah :

  1. Penggunaan Name Server yang khas untuk Cloudflare dapat mengelakkan daripada IP web hosting anda daripada terdedah kepada sesiapa khususnya kepada hacker yang ingin membuat serangan DDoS atau serangan-serangan lain seperti bruteforce akses server.
  2. Memberikan kelajuan yang cepat dan pantas ketika pelawat menggunakan laman web anda.
  3. Sekiranya laman web mengalami downtime, Cloudflare akan menggunakan cache data sehingga laman web kembali seperti sediakala.
  4. Boleh mengawal akses daripada cubaan spam oleh bot atau pengguna luar.

Kelemahan menggunakan Cloudflare pula adalah seperti berikut :

  1. Memandangkan Cloudflare merupakan sistem yang berada ditengah antara web hosting dan domain, jadi sekiranya ada masalah pada servis cloudflare seperti yang berlaku pada baru-baru ini, laman web anda akan gagal diakses sehinggalah sistem Cloudflare kembali seperti sediakala. Walaupun begitu, downtime pada servis Cloudflare sangatlah jarang sekali.
  2. Apabila menggunakan Cloudflare, bermaksud laman web anda akan routing kepada server diluar negara yang mana sekiranya terdapat masalah routing antarabangsa seperti masalah kabel bawah tanah / dalam air atau sebagainya, boleh memberi kesan kepada akses laman web anda.

Kebanyakan pengguna domain .my atau .com.my akan menggunakan Cloudflare untuk memudahkan pengurusan DNS memandangkan domain provider .MY iaitu MYNIC tidak menyediakan DNS untuk domain mereka. Bagi mereka yang belum pernah membuat konfigurasi untuk domain .MY, berkemungkinan besar akan mengalami masalah untuk konfigurasi domain tersebut kerana sistem domain provider MYNIC yang agak berbeza daripada domain provider yang lain.

Diatas adalah serba sedikit berkenaan apa itu Cloudflare untuk laman web serta fungsinya, kelebihan dan kelemahan penggunaannya secara umum. Diharap post kali ini dapat memberikan gambaran berkenaan apa itu Cloudflare serta kepentingannya kepada laman web anda. Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk menggunakan cloudflare pada domain dan web hosting anda pada masa yang akan datang.

Berminat untuk mendapatkan Web Hosting dari Hosting Malaya ? Tempah disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Memerlukan Web Designer untuk laman web yang anda inginkan ? PM kami di Facebook Page : Hosting Malaya.

Leave a Comment

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!