Post pada kali ini, saya akan tunjukkan tutorial mudah fix WordPress Author Page yang mengalami Error 404 Not Found. Masalah ini berlaku disebabkan oleh database WordPress anda menyimpan data user_nicename yang tidak sesuai untuk dipaparkan pada browser. Sebagai contoh, proses encoding URL akan mengubah ‘space’ menjadi ‘%20’ pada URL yang digunakan.
Contoh URL : https://domain.com/author/Amir%20Azman.
Cara untuk menyelesaikan isu ini, mudah sahaja, anda perlu mengakses database WordPress anda dan edit field ‘user_nicename’ pada akaun author yang anda ingin perbetulkan pada table ‘wp_users’. Kebiasaannya terjadi disebabkan oleh ‘space’ pada ‘user_nicename’ atau pelbagai simbol lain yang boleh berubah pada encoding URL, mengakibatkan URL tersebut tidak dapat diakses dengan tepat.
Setelah membuat perubahan seperti diatas, anda boleh cuba untuk mengakses link WordPress Author Page anda untuk melihat adakah isu ini masih terjadi atau sudah berjaya diselesaikan. Pastikan anda clear/delete cache terlebih dahulu atau anda boleh menggunakan Incognito Mode untuk membuat semakan semula.
Atau anda boleh lihat video yang disediakan dibawah :
Kepentingan Google Search Console : https://hostingmalaya.com/kepentingan-google-search-console.
Upload File di Web Control Panel ? : https://amirazman.my/upload-file-di-web-control-panel.