Game HostingHostingVPS Hosting

Apa Itu DDoS Attack

apa itu ddos attack

Apa itu DDoS Attack ?

DDoS Attack merupakan salah satu cara dimana satu atau lebih sistem akan mengganggu sistem/servis/infrastruktur atau server sasaran dengan pelbagai cara seperti memenuhi sasaran dengan request, membuatkan server sasaran menggunakan resources sepenuhnya yang bertujuan untuk ‘down’kan sistem/servis/infrastruktur sasaran.

Diantara teknik DDoS Attack yang sering digunakan :

  1. Memenuhi penggunaan maksimum bandwidth yang ditetapkan oleh penyedia server sehingga trafik dan data packet yang sah terganggu dan ‘down’
  2. Memenuhi penggunaan spesifikasi server seperti RAM, Processor dan sebagainya dengan cara menghantar request terlalu banyak dan menyebabkan server terganggu seperti hang atau tiada respon.

cara ddos attack berlaku

Di Asia Tenggara, masih tidak banyak penyedia yang menyediakan Anti DDoS Protection didalam servis mereka memandangkan teknologi ini yang agak mahal untuk dilaksanakan secara meluas. Masalah DDoS Attack ini sudah menjadi sangat normal dan selalu terjadi disebabkan oleh tangan-tangan mereka yang dengki dan juga berniat jahat untuk menjatuhkan sistem atau servis sasaran.

Oleh yang demikian, Hosting Malaya – Web Hosting & Game Hosting Solution berusaha keras untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna servis kami dengan menikmati Anti DDoS Protection yang kami tawarkan dalam servis-servis kami untuk mengelakkan daripada sistem atau servis anda menerima gangguan daripada penceroboh luar.

anti ddos protection

Dengan teknologi Anti DDoS Protection ini, setiap trafik dan data yang diterima akan dianalisis dan trafik serta data ini akan disingkirkan sekiranya terdapat tanda-tanda DDoS Attack yang terjadi. Trafik yang merupakan trafik normal tidak akan terjejas dengan sistem ini akan berfungsi secara automatik sehinggalah DDoS Attack tersebut telah berhenti.

Kebiasaannya, sekiranya sesuatu servis/sistem/infrastruktur itu mempunyai spesifikasi yang terhad dan agak rendah mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diserang dengan DDoS Attack daripada mereka yang dengki dan iri hati dengan apa yang disediakan oleh sasaran lebih-lebih lagi apabila melibatkan game hosting.

statistic ddos attack

Sebagai pengguna atau penyedia servis, anda harus bijak memilih servis yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat hosting untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah seperti ini. Harga yang murah bukanlah menjadi pengukur kepada pilihan servis terbaik, perlu juga dilihat daripada sudut spesifikasi yang diberikan, perkhidmatan yang disediakan serta servis pelanggan yang baik.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan apa itu Anti DDoS Protection dan servis yang kami tawarkan, anda boleh hubungi kami melalui Facebook : Hosting Malaya.

Berminat untuk mendapatkan Web Hosting atau Game Hosting dengan Anti DDoS Protection ? Klik disini : http://billing.hostingmalaya.com.

Ketahui Kelebihan Memiliki Laman Web disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-memiliki-laman-web

One Response

  1. salam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.