Bermula pada April 2022, MYNIC telah sepenuhnya menggunakan SELFCARE sebagai gantian kepada MYNIC Domain Management System yang terdahulu. Untuk makluman anda, SELFCARE telah diperkenalkan pada tahun 2017 dan semenjak itu pelbagai fungsi berkaitan telah ditambah baik termasuklah dari segi antaramuka pengguna, pengalaman penggunaan, serta fungsi pembayaran untuk memudahkan proses pembaharuan domain.
Anda boleh mengakses SELFCARE portal menggunakan pautan link seperti disini : https://selfcare.ichoose.my/login. Tidak perlu risau kerana akses yang perlu anda gunakan merupakan akses yang sama seperti sistem terdahulu.
Memandangkan MYNIC sudah bersedia sepenuhnya menggunakan sistem SELFCARE ini, bermula pada 18 April 2022 akses dan fungsi kepada sistem terdahulu sudah dihentikan.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak MYNIC melalui email customercare@mynic.my atau membuat panggilan ke talian hotline 1300-88-7277.
Kelebihan Menggunakan Domain .MY : https://hostingmalaya.com/kelebihan-menggunakan-domain-my.
Perlu Atau Tidak Maintenance Website ? Klik disini : https://hostingmalaya.com/perlu-atau-tidak-maintenance-website.