DomainGame HostingHostingLaman WebVPS Hosting

Masalah Penggunaan Lets Encrypt Oktober 2021

Masalah Penggunaan Lets Encrypt Oktober 2021

Menurut laman dokumentasi Lets Encrypt, terdapat kemungkinan masalah penggunaan Lets Encrypt yang berlaku pada awal Oktober 2021 (30 September 2021) disebabkan oleh perubahan browser dan peranti lama yang sudah tidak menerima kemaskini terbaru.

Lets Encrypt menggunakan root certificate yang dipanggil sebagai ISRG Root X1. Browser serta peranti terkini sudahpun mempercayai certificate Lets Encrypt pada website anda. Untuk memastikan cerficate tersebut juga dipercayai browser serta peranti lama, Lets Encrypt ada ‘cross-signature’ daripada root certificate yang lama, iaitu ‘DST Root CA X3’.

DST Root CA X3 akan tamat tempoh pada 30 September 2021, dan disebabkan itulah peranti serta browser yang tidak mempercayai ISRG Root X1 akan mengalami masalah atau amaran certificate semasa melayari laman web yang menggunakan certificate Lets Encrypt.

Bagi mereka yang menyediakan API atau support IoT device, pastikan :

  • Kesemua klien API anda mempercayai ISRG Root X1 (bukan DST Root CA X3 sahaja.)
  • Sekiranya klien anda menggunakan OPENSSL, gunakan versi 1.1.0 atau lebih terkini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman dokumentasi Lets Encrypt disini : https://letsencrypt.org/docs/dst-root-ca-x3-expiration-september-2021.

Bagi mereka yang menggunakan cPanel pula, mereka telah mengeluarkan workaround untuk mengatasi isu ini. Satu script autofixer telah dikeluarkan oleh pihak cPanel dan anda boleh run autofixer tersebut pada server cPanel anda.

workaround cpanel ssl lets encrypt

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman support cPanel disini : https://support.cpanel.net/hc/en-us/articles/4409770365335.

Diharap informasi yang diberikan diatas ini dapat membantu anda mengatasi masalah penggunaan Lets Encrypt yang berlaku bermula pada 30 September 2021 ini. Sekiranya anda merupakan pelanggan Hosting Malaya dan masih menghadapi isu ini, anda boleh hubungi kami melalui Facebook Page : Hosting Malaya : Web Hosting & Game Hosting Solution.

Perlu Atau Tidak Maintenance Website ? Baca disini : https://hostingmalaya.com/perlu-atau-tidak-maintenance-website.

Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

2 Comments

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.