Game HostingHostingLaman WebTips

Perlu Atau Tidak Maintenance Website ?

Perlu Atau Tidak Maintenance Website

Perlu atau tidak untuk maintenance website yang kita ada ?

Tidak dinafikan, terdapat ramai usahawan yang kurang menitik beratkan keperluan untuk maintenance atau menyelenggara laman web secara berkala kerana tidak mahu ‘membazir’ atau mengeluarkan wang semata-mata untuk perkara yang ‘tidak nampak’ hasilnya. Inilah kesilapan yang sering dilakukan lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang IT & teknologi.

Kita sedia maklum, dalam IT & teknologi ini, segalanya berevolusi dengan sangat pantas. Teknologi semalam mungkin sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan hari ini. Setiap hari pasti akan ada penambahbaikan dan ciri-ciri terkini yang diperkenalkan.

Jawapan yang kami berikan = 100% YA, perlu maintenance website anda secara berkala. Jangan sesekali abaikan bahagian maintenance ini.

Terdapat pelbagai aspek yang memerlukan selenggaraan diantaranya :

  1. Penyimpanan data secara berkala. Sekiranya apa-apa perkara tidak diingini berlaku, data yang disimpan amat berguna lebih-lebih lagi data yang melibatkan kewangan dan data peribadi klien.
  2. Spesifikasi server yang mampu menampung penggunaan sistem. Pemindahan fail-fail berkaitan secara berkala dan sebagainya untuk mengelakkan daripada penggunaan melangkaui limitasi server.
  3. Mengemaskini segala fail sistem berkaitan kepada versi yang lebih terkini untuk pengalaman penggunaan yang lebih baik & menyelesaikan isu-isu pada versi terdahulu.

website digodam dihack

Berdasarkan pengalaman kami dalam menyelesaikan isu-isu website yang digodam atau dimasukkan malicious code, kebanyakannya tidak menggunakan sistem mereka pada versi terkini, malah lebih teruk lagi ada juga yang menggunakan ‘nulled’ software yang berpotensi besar terdedah dengan code yang telah diubahsuai oleh penggodam.

Ketahui keburukan menggunakan nulled theme atau plugin disini : https://hostingmalaya.com/keburukan-menggunakan-nulled-theme-plugin.

Kami dari Hosting Malaya sering menyarankan klien kami untuk sentiasa alert dengan kemaskini yang tersedia pada website mereka sebaik mungkin sekiranya ianya tidak mendatangkan masalah dan tidak menjejaskan sistem mereka.

website maintenance update

Diantara sebab mengapa kami memandang serius kepentingan untuk menyelenggara website secara berkala ialah :

  • Elakkan daripada laman web digodam & dihack oleh penggodam.

Dengan menggunakan versi terkini pada sistem, sedikit sebanyak isu-isu sekuriti telah di’patch’ dan lebih selamat berbanding masih menggunakan versi yang lama yang mempunyai kemungkinan yang lebih besar terdedah kepada godaman dan pencurian data. Lebih-lebih lagi seperti yang berlaku kini dimana pencurian data berharga seperti data peribadi, kewangan dan sebagainya dijual dipasaran gelap.

Malah, ada juga yang menggunakan website yang digodam untuk menjana pendapatan melalui iklan, membuat spam email, dan menggunakan server untuk melombong bitcoin.

  • Memudahkan proses maintenance website pada masa akan datang.

Apabila laman web sering dikemaskini, ianya memudahkan untuk proses kemaskini laman web pada masa akan datang berbanding laman web yang sudah lama tidak dikemaskini kerana ianya mungkin pada versi terkini, struktur database atau sebagainya sudah berubah dan tidak sama yang akan menyebabkan code conflict. Ini akan menyebabkan pembaziran masa dan wang untuk anda membayar web developer menguruskan kemaskini untuk website anda.

Mungkin ada juga web developer yang akan menyarankan anda untuk membina website baru sahaja, lebih mudah berbanding mengemaskini sistem yang sudah ketinggalan untuk dikemaskini dengan mudah.

  • Menawarkan ciri-ciri terbaru serta pengalaman penggunaan yang lebih menarik.

Seiring dengan peredaran masa, ciri-ciri yang terbaru serta user interface yang sesuai pada waktu tersebut sudah pasti memberikan pengguna kepuasan untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lebih menarik dan mudah. Sebagai contoh, website yang lebih pantas sudah pasti memberikan mood yang baik kepada pengguna berbanding website yang lambat dan bermasalah.

Kelajuan laman web juga mempengaruhi SEO, iaitu ranking laman web anda pada laman carian seperti Google Search.

Diharap post pada kali ini dapat memberikan pencerahan mengenai kepentingan untuk anda maintenance atau kemaskini website anda secara berkala tidak kiralah sama ada melalui khidmat pakar mahupun oleh diri anda sendiri sekiranya anda mempunyai ilmu untuk mengemaskini website anda.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Senarai Payment Gateway Ecommerce Malaysia : https://hostingmalaya.com/senarai-payment-gateway-ecommerce-malaysia.

Leave a Comment