Post kali ini berkenaan cara penyelesaian masalah configuration incorrect yang terjadi kepada komputer sama ada PC atau laptop yang baru diformat. Masalah ini berlaku disebabkan oleh windows clean install tersebut tiada package yang diperlukan untuk membuka sesetengah fail yang menggunakan Microsoft Visual C++.
Kebiasaanya error yang dipaparkan adalah seperti ‘The application has failed to start because its side-by-side configuration is incorrect’. Saya sertakan beberapa gambaran masalah tersebut dibawah :
Penyelesaiannya mudah sahaja, anda cuma perlu memuat turun package Microsoft Visual C++ dan install pada pc anda. Anda boleh memuat turun package Microsoft Visual C++ tersebut dibawah :
Microsoft Visual C++ 2008 Redistributable Package (x86)
Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package (x86)
Selepas proses install, anda boleh restart komputer dan cuba semula menjalankan aplikasi .exe yang anda ingin gunakan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh tinggalkan komen dibawah atau PM page kami di Facebook Hosting Malaya : https://www.facebook.com/hostingmalaya.
Berminat untuk mendapatkan Web Hosting & Game Hosting atau inginkan pereka laman web untuk perniagaan anda ?
Facebook : https://www.facebook.com/hostingmalaya
Email : admin@hostingmalaya.com
Whatsapp : +60177860670
Laman Web : hostingmalaya.com